suria

[V] Gadis beranikan diri tegur Tokti tengah beratur nak mengundi, rezeki permintaan nak selfie disambut baik

Nisa dapat bergambar selfie bersama Siti Nurhaliza di pusat mengundi.

PASTI ramai berdebar dan teruja mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini terutama pengundi muda yang pertama kali mengundi pada Sabtu.

Siapa sangka pengalaman pertama kali membawa tuah kepada seorang gadis apabila dapat bertemu dengan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mempunyai aura tersendiri, kehadiran Siti Nurhaliza tetap disedari ramai meskipun memakai pelitup muka seperti para pengundi lain.

Bukan sekadar bersemuka, malah dia berpeluang untuk mengambil gambar bersama dengan penyanyi itu di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai di Cheras, Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, gadis bertuah yang berbaju hijau tersebut mendekati dan menegur Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang beratur untuk mengundi.

selfie tokti 4

Nisa (baju hijau) menegur Siti Nurhaliza.

Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Annisa Zamri berkata, dia benar-benar tidak menyangka pengalaman pertamanya mengundi membawa tuah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Mujur tak jawab nama Aafiyah" - Sebelum konsert, karaoke bukan main... Tokti depan mata peminat gugup terus lupa nama anak

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya guna suara kepit" - 'Abang misai bersuara Tok Ti' nyanyi di pasar malam selepas dipujuk rakan... alamak ramai sudah keliru!

"Masa tu saya baru selesai mengundi, tunggu di pondok dalam 15 minit sambil tunggu kawan pergi mengundi.

"Dari jauh nampak Datuk Siti, memang cam dia dari jauh. Jadi saya tegur Datuk Siti untuk selfie.

"Saya memang excited, sudahlah first time mengundi, dapat pula jumpa dengan Datuk Siti," katanya ketika dihubungi.

selfie tokti 3

Nisa (kiri) dan rakan (kanan) bersama Siti Nurhaliza.

Lebih mesra disapa Nisa, gadis berusia 25 tahun itu pada mulanya berdebar untuk mendekati penyanyi itu.

"Mula-mula tu takut juga. Tapi saya tegur dia elok-elok minta izin untuk bergambar bersama.

"Datuk Siti memang baik dan humble melayan. Bukan setakat gambar, siap kami buat Boomerang lagi.

"Terima kasih Datuk Siti kerana sudi bergambar bersama, di hari mengundi di sekolah saya dulu," katanya yang bekerja dalam bidang pemasaran digital.

selfie tokti 1

Nisa pertama kali mengundi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kegembiraannya kerana peluang keemasan bertemu dengan Siti Nurhaliza.

"Untunglah dapat selfie dengan Tokti.

Datuk Siti memang baik dan humble melayan.

ANNISA ZAMRI

"Wah rezeki.

"Wei cara nak tegur Tokti tu comel sangat," demikian antara komen netizen.

selfie tokti 5

Nisa (kanan) bersama rakan-rakan selepas mengundi.

Pada masa sama, ramai turut memuji keramahan penyanyi itu yang sudi bergambar dengan peminat ketika memberi tumpuan untuk mengundi.

"Sportingnya Tokti siap angkat kening. Rezeki awak hari ni.

"Humble je Tokti. Love her," komen netizen.

Terdahulu, Siti Nurhaliza memaklumkan bahawa proses untuk mengundi berjalan lancar.

"Perjalanan mengundi saya hari ini. Keadaan tenang, semoga Allah SWT berikan kami pemimpin yang amanah dan berwibawa serta menjaga rakyatnya dengan baik. Amin," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain