suria

[V] Menyirap terlepas lampu hijau sebab motor depan kereta tak pandai main clutch, lagi geram sebab duduk di ‘Melaka Darul traffic light’

Wanita ini terlepas lampu hijau kerana motosikal di hadapannya mati enjin.

LAMPU isyarat diperkenalkan untuk membantu melancarkan pergerakan lalu lintas.

Namun begitu, lampu isyarat juga boleh membuatkan seseorang itu tidak senang duduk menantikan warna merah untuk bertukar hijau.

Lebih malang apabila pengguna jalan raya itu terlepas lampu hijau dan terpaksa menunggu semula penantian lampu merah penuh penyeksaan.

Begitulah apa yang diluahkan wanita ini melalui satu video tular di laman TikTok tentang 'tragedi' yang dihadapinya di lampu isyarat.

"Mereka yang baru belajar nak bawa motosikal clutch, aku faham naluri kau berkobar-kobar nak try itu ini.

"Tapi nak cakap, kalau rasa diri belum handal lagi bawa motosikal, bila traffic light ke tepi, ke kiri, duduk di hujung.

"Jangan nak paling gagah duduk depan sekali," kata wanita itu yang dikenali sebagai Zara Zayne di laman TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan dan suami naik motosikal redah hujan, tak malu mengaku tiada kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Sara anak sambil kumpul duit, walker Foodpanda wanita terkejut dapat motosikal lebih awal

Menyambung kisahnya, Zara berkata darahnya menyirap kerana masanya banyak terbuang disebabkan penunggang motosikal masih mempelajari selok-belok penggunaan clutch.

"Aku nak pergi Melaka. Kau bayangkan dari Sungai Udang sampai ke Tangga Batu nak ke Klebang, berapa banyak traffic light aku nak kena tempuh.

"Sekali datang dua orang perempuan ni bawa motosikal, kaki pun macam tak sampai lagi, tergapai-gapai bawa.

"Lepas tu dia duduk depan aku dekat traffic light. Paling depan sekali ni. Tiba-tiba motosikal dia lepas clutch terus mati. Dah sudah," keluh Zara.

Itu aku cakap kalau nak bawa motosikal ni duduk tepi dan duduk kiri.

Zara Zayne

Ketika itu tahap kemarahan Zara begitu meluap-luap gara-gara lampu isyarat sudah bertukar hijau tetapi motosikal di hadapan masih belum berganjak.

"Nak start balik tak lepas-lepas. Lampu dah hijau ni. Tapi aku sangka baik mungkin motosikal dia problem. Dia sorong motosikal dia ke tepi.

"Lepas tu boleh start balik dan saya pun gerak. Traffic light kedua jumpa dia lagi. Dan motosikal dia mati lagi. Aku dah panas.

"Aku malas nak tegur tapi aku nak cakap motosikal kalau nak start kena tarik clutch dulu baru boleh masuk gear," ujar Zara meluahkan kegeramannya.

Menggunakan motosikal klac memerlukan pengalaman. -Gambar hiasan

Zara bertambah bengang apabila kereta di belakangnya membunyikan hon kerana masih belum bergerak ketika lampu isyarat sudah bertukar hijau.

"Tapi yang belakang (kereta) aku ni, tak sabar-sabar. Terhon-hon. Macam aku pula yang buat salah.

"Motosikal depan aku ni yang tak jalan. Itu aku cakap kalau nak bawa motosikal ni duduk tepi dan duduk kiri," tegasnya.

Tiba di lampu isyarat ketiga, mereka 'bersama' lagi tetapi kali ini penunggang motosikal tersebut sepertinya sudah dapat membaca isi hati Zara.

Motosikal di persimpangan lampu isyarat. -Gambar hiasan

"Kali ni dia dah duduk tepi. Mungkin dah sedar agaknya.

"Dia mesti dah serik. Clutch tak lepas dan tak free gear dekat traffic light. Mesti dah takut dia tu.

"Aku tengok dia macam tak ada lesen je. Kaki pun macam tak sampai. Tapi bawa tu memang ada confident.

"Bila jadi macam ni motosikal mati memang malu. Dah la traffic light dekat Melaka ni merah 100 saat, hijau 10 saat. Duduk tepi sahaja la," kata Zara.

Lampu isyarat di Melaka dikatakan mengambil masa yang lama untuk bertukar hijau. -Gambar hiasan

Zara memberikan pesanan tambahan kepada individu itu agar terus belajar menunggang motosikal.

"Memang nampak macam budak. Teruskan la adik. Teruskan belajar bawa motosikal.

"Dan bila dekat traffic light tolong duduk tepi. Kalau awak handal tak apa. Ini jadi macam itu," ujar Zara memberi nasihat.

Antara komen warga maya.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan apa yang dihujahkan Zara.

"Kan, suka la duduk tengah jalan. Bila enjin mati, terkial-kial nak hidupkan. Duduk tepi la sayang oi.

"Traffic light Melaka pula lama.

"Traffic light Melaka ni kalau boleh sampai esok baru hijau rasanya. Geram pula rasa," kata sebahagian warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain