suria

[V] Nurul Izzah tewas pada hari lahir, hiba ucap selamat tinggal kepada penyokong Permatang Pauh

Nurul Izzah masih menunjukkan semangat perjuangan walaupun kalah di kerusi Permatang Pauh.

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan ada kumpulan bersorak kegembiraan dan ada yang menangis kecewa.

Tidak ketinggalan juga puteri reformasi, Nurul Izzah yang tersungkur di kerusi legasi keluarganya sejak era Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Situasi ini menunjukkan warga tempatan mahukan perubahan dan pembaharuan.

Nurul Izzah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-42 pada Sabtu tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dari PAS dengan majoriti 5,381 undi.

Dalam satu video tular di laman TikTok, dapat dilihat reaksi Nurul Izzah yang terpaksa menelan hakikat bahawa kerusi tradisi keluarganya itu perlu diserahkan kepada parti lawan.

Ketika hendak memasuki keretanya selepas keputusan diumumkan, dia sempat bertukar sepatah dua kata bersama pengamal media yang bertugas dan memberikan lambaian terakhir kepada penyokongnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Tiada jodoh! KJ kalah di Sungai Buloh, Nurul Izzah tewas di Permatang Pauh

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Nurul Izzah ucap selamat tinggal kepada Permatang Pauh

Kedengaran dia mengucapkan selamat tinggal kepada warga di kawasan yang dahulunya mengalu-alukan kehadirannya sebagai wakil rakyat.

"Bye everyone," katanya sambil cuba mengukir senyuman.

Menerusi video itu juga kedengaran laungan reformasi daripada penyokongnya yang mahu meniup semangat ke dalam dirinya untuk terus berjuang.

"Reformasi, reformasi, reformasi, reformasi.

YB (Yang Berhormat) adalah yang paling aku salute. Beauty with brain.

Netizen

"Lawan tetap lawan, Allahuakbar," laungan Nurul Izzah bergema bersama penyokongnya yang lain.

Sebelum memasuki kereta, Nurul Izzah turut meniupkan semangat kepada penyokongnya di situ.

"Permatang Pauh....." kata Nurul Izzah.

“Boleh!," jawab penyokongnya penuh semangat.

Warga maya mahukan Nurul Izzah untuk terus melibatkan diri dalam politik.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya berasa terkilan kerana Nurul Izzah tidak lagi mempunyai tempat secara rasmi dalam arena politik negara.

Mereka mengharapkan Nurul Izzah tidak akan berputus asa dan kembali semula ke pentas politik dengan keazaman baharu.

"YB (Yang Berhormat) adalah yang paling aku salute. Beauty with brain. Semoga dipermudahkan urusan untuk berjumpa lagi di masa akan datang.

"Sedih weh Nurul Izzah tak ada dalam parlimen.

"Come back stronger YB, you and KJ (Khairy Jamaluddin) both are talented and lantang bersuara. You and KJ must both come back for the nation," kata sebahagian netizen.

Penyokong Nurul Izzah tidak jemu memberikan semangat..

Untuk rekod, Khairy Jamaluddin tewas di kerusi Sungai Buloh kepada calon PH, Datuk R Ramanan dengan majoriti 2,693 undi.

Selain itu, ada juga netizen yang dilihat cuba menambah garam ke dalam luka yang sedia ada.

"Alhamdulillah Ustaz Fawwaz menang.

"Alhamdulillah Ustaz Fawwaz rampas," kata beberapa warga maya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain