suria

[V] Jenis lelaki pantang mengalah, 3 kali kena ‘reject’ pun tetap setia... Pemain biola buka kisah 2 kuntum bunga ros, akhirnya kahwin juga!

Akmal selamat bergelar suami pada 28 Oktober lalu.

TIGA kali kena reject.

Demikian kapsyen yang ditulis seorang lelaki menerusi video perkahwinannya yang kini meraih hampir 300,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Biarpun cintanya ditolak sebanyak tiga kali, Muhamad Zulakmal Zaidi, 26, akhirnya selamat disatukan dengan Nurul Aisyah Ahmad Kamal, 25, menerusi majlis akad nikah pada 28 Oktober lalu.

Bercerita lanjut, guru yang senang disapa Akmal itu berkata dia dan isterinya berkenalan pada tahun 2015, ketika mereka sama-sama menjadi penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

"Isteri merupakan junior saya ketika belajar di fakulti pendidikan UiTM Shah Alam. Saya jatuh cinta pandang pertama ketika jumpa dengannya. Selepas kenal dalam dua bulan, saya cuba confess. Ketika itu, dia reject, terlalu awal katanya.

"Lama-kelamaan kali mula rapat. Sebab saya jadi mentor, dia banyak tanya masalah pembelajaran pada saya. Setiap hari contact. Tapi kali kedua confess, masih alasan sama. Dia kata kurang bersedia. Dia juga ada hati dekat orang lain.

Selepas ditolak tiga kali, saya dah tak letak harapan... anggap kawan dan pendengar masalah.

MUHAMAD ZULAKMAL ZAIDI

"Pada tahun yang sama, saya confess buat kali ketiga. Dia tetap berikan alasan yang sama. Dia masih suka dan sayang orang lain," imbas Akmal bercerita lanjut mengenai tahun pertama perkenalan mereka.

Biarpun cintanya ditolak tiga kali, Akmal yang berasal dari Terengganu tetap berkawan rapat dengan wanita itu, malah dia setia menjadi pendegar masalah sehinggalah tamat pengajian di UiTM.

Imbas Akmal lagi, berlaku satu peristiwa yang tidak dijangka ketika mereka makan malam bersama, sekali gus menjadi titik tolak ke arah perhubungan yang lebih serius pada tahun 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah berhenti sekolah, sambung balik sebab dia” - Sama cantik, sama padan... pengantin Thailand buat netizen Malaysia tak keruan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak”

"Selepas ditolak tiga kali, saya dah tak letak harapan. Anggap kawan dan pendengar masalah, mungkin dia selesa luah masalah pada saya. Ketika peperiksaan hujung semester, dia sedang bersedih tentang hubungannya dengan seorang lelaki, jadi saya buat kejutan bawa dia dinner.

"Saya tempah meja, saya beli bunga ros dua kuntum, tempah pizza serta dessert. Saya minta orang kedai tulis sesuatu pada pinggan dessert, tulis ayat ucap all the best untuk masa depan dia. Tapi berlaku kesilapan, orang kedai tulis happy first anniversary. Kami terkejut ketika dessert itu dibawa ke meja.

"Kemudian baru staf datang, dia kata tersalah tulis. Tapi dia menangis dalam keadaan senyum, sebab dapat bunga dan kejutan daripada saya. Kemudian baru dia cakap yang dia pun sebenarnya suka saya ketika kami mula-mula bertemu.

amkal5

Akmal aktif menerima undangan persembahan biola sejak 2016.

"Dia juga ambil fon saya dan tulis sesuatu dalam notes. Dia kata saya merupakan seorang yang gentleman after her father. Dia tak pernah dapat bunga atau dibawa dinner semata-mata untuk buat dia gembira. Jadi kami bercinta pada tahun 2016 sehinggalah tahun 2020. Kami putus sekejap tapi berbaik semula pada hujung 2020," ceritanya lagi.

Mengulas video tular di TikTok, Akmal berkata ramai netizen menitipkan ucapan tahniah, tak kurang juga yang bertanya tip percintaan selepas dia berjaya disatukan walaupun cinta ditolak tiga kali.

"Saya sebenarnya nak tunjuk persahabatan saya dengan kawan-kawan dalam video perkahwinan itu. Nak simpan moment yang mana kawan-kawan lelaki saya turut menangis ketika majlis itu.

akmal2

Video pasangan ini tular menerusi aplikasi TikTok.

"Alhamdulillah saya bersyukur tengok komen, ramai orang doakan kami walaupun saling tak kenal. Ramai juga yang tanya tip, macam mana kalau dah kena reject banyak kali?" ujarnya berseloroh.

Mengenai dirinya, guru subjek Sejarah itu juga aktif membuat persembahan sebagai pemain biola sejak tahun 2016.

Menurut Akmal, dia sering menerima undangan untuk membuat persembahan dalam pelbagai acara dan menjadikan kerjaya sampingan itu sebagai cabang rezeki keduanya.

Untuk rekod, Akmal dan isteri disatukan dalam majlis di Taiping, Perak pada 28 Oktober lalu dan acara resepsi turut diadakan di lokasi sama pada keesokan harinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain