MAJORITI pasangan suami isteri lebih memilih untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa masing-masing selepas berumah tangga. Selain mahu hidup berdikari, pasangan pengantin baharu sudah semestinya ingin menikmati privasi di kediaman sendiri tanpa campur tangan 'orang luar'. Namun lain pula halnya dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, sungguhpun dia dan suami tinggal berasingan, namun rumahnya sering menjadi 'sasaran' keluarga mentua gara-gara mereka mempunyai kunci pendua. "Kisahnya suami saya ni ada bagi kunci pendua rumah dekat mak bapa dia. Mak bapa dia sesuka hati saja datang tak beritahu dan lagi menyirap tak bagi salam. Tahu-tahu dah masuk rumah. Wanita tersebut kecewa kerana luahannya tidak diambil berat oleh suami. Gambar hiasan "Saya ni dekat rumah pakai short je tau dan sleeveless tank without (tanpa) bra. Tiba-tiba orang terjah masuk. Tak ke gelabah saya? Kita nak breastfeeding (menyusukan) anak lagi," luahnya dalam kiriman Direct Message (mesej) yang disiarkan di laman Twitter ConfesstweetMY. Luah wanita tersebut, kejadian rumahnya 'diterjah' keluarga mentua bukanlah sekali sebaliknya pernah beberapa kali ketika dirinya berpakaian kurang sempurna. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dia tak ajak, tapi nak terjah rumah orang! Wanita bengang ada puak paksa buat open house, mana common sense? ARTIKEL BERKAITAN: Menantu geram perangai mentua, tiba-tiba sampai depan rumah! Isteri mengadu penat, suami pula tak ‘backup’ Namun apa yang membuatkan wanita tersebut bertambah rimas dan tidak selesa adalah rumahnya 'diterjah' bapa mentua ketika suaminya tiada di rumah kerana keluar bekerja. "Bukan sekali tau, tapi dah tiga empat kali dia main masuk rumah masa suami keja. Dia tahu je suami kerja tapi saja je masuk rumah. Kau nak apa? Nak tengok aku bogel ke? "Saya dah marah suami, ambil balik kunci pendua tu. Lepas tu dia cakap 'jangan sangka buruk dekat mak bapa abang. Diaorang saja datang tengok keadaan awak masa abang tak ada'. Kena tegas bab-bab ni. Ini jenis suami otak tertinggal rumah mak pak dia ni. Sebab tu fikiran tak rasional. NETIZEN "Masalahnya orang tua tu gatal! Buat apa main terjah rumah kita dah tahu suami tak ada. Saya bagi last warning dekat suami, kalau pak dia main terjah lagi, saya lari bawa anak pegi rumah mak ayah saya!" kongsinya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 1,800 ulang kicau. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi bercampur dengan ada yang menyokong tindakan wanita tersebut menegur si suami agar mengambil pendekatan menasihati kedua ibu bapanya. Rata-rata netizen memberi cadangan supaya wanita tersebut menukar kunci. "Bagus. Kena tegas bab-bab ni. Ini jenis suami otak tertinggal rumah mak pak dia ni. Sebab tu fikiran tak rasional. "Seramnya kalau bapa mentua gatal, anaknya pun... tahulah bapa sendiri tapi back-up la binimu. Apa guna duduk asing tapi tak ada privacy. "Bagus sis bagi warning macam tu. Your husband should know better too, jaga aib dan kehormatan isteri walaupun dia tak ada di situ," demikian antara komen netizen. Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar wanita tersebut menukar mangga kunci yang baharu untuk mengelakkan masalah sama berulang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI