suria

[V] Tragedi mi segera tomyam dalam dorm asrama... Pemuda merana 3 hari, paha mulus melecur tersimbah air panas

Pemuda ini melecur di bahagian paha akibat tertumpah air panas.

MALANG tidak berbau.

Cubaan untuk menikmati mi segera ketika membuat siaran langsung (live) di TikTok bertukar menjadi tragedi buruk buat pemuda ini.

Ketika dihubungi mStar, Wan Afiq Fahmi Wan Johari, 18, berkata insiden terkena air panas di kolej Mat Kilau, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jengka, Pahang baru-baru ini amat memeritkan.

"Pukul 2.30 petang tu sepatutnya saya ada kelas role play tapi ditangguhkan. Lepas balik semula ke kolej, saya pun tengok video mukbang dekat YouTube.

"Masa tu Youtuber saya tengok tengah makan mi segera perisa tomyam sampaikan saya pun jadi teringin juga. Saya tak ada mi tu tapi saya minta dekat Zul (rakan sebilik). Sementara tunggu air masak, saya buat live di TikTok makan-makan.

"Selepas tu saya tuang air panas dalam mangkuk dan rendam mi. Kemudian saya capai air mineral botol besar di hadapan saya. Secara tiba-tiba saya terlepas botol tu dan jatuh ke arah mangkuk," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu! Suami meraung lihat isteri terbakar dalam kereta, bomba kata mangsa tersepit sampai rentung... “Allahuakbar... bini saya bang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Macam dalam filem! Kereta terbakar di Genting Highlands cetus panik, tiba-tiba ramai ‘berterima kasih’ kepada pemilik Vellfire

Bercerita lanjut mengenai insiden yang berlaku pada 15 November lalu, air panas di dalam mangkuk mi segera itu kemudian tumpah hingga terkena pada paha kiri dan kanan.

Ketika kejadian rakannya yang turut berada di dalam bilik ketika itu tidak menyedari tentang perkara berkenaan kerana sedang leka bermain permainan di telefon bimbitnya.

Malah Afiq yang dalam kesakitan pada ketika itu tidak sempat untuk menghentikan siaran langsung di TikTok.

Keadaan paha Afiq setelah tertumpah air panas.

"Sakit sangat apabila terkena air panas tu. Kawan saya yang tak sedar pasal kejadian tu pada mulanya tengah main game Mobile Legend sambil pakai earphone.

"Lepas tahu saya terkena air panas, dia cuba tolong dengan menyuruh saya jirus bahagian tu dengan air mineral tadi tapi saya tak dengar. Masa tu rasa panas sampai pedih.

"Saya terus ke tandas untuk biarkan air paip mengalir dekat bahagian melecur tu sekejap saja sebab dah mula nampak merah kemerahan," katanya lagi.

Sejak hari pertama sampai ketiga memang sakit walaupun letak ubat... rasa seksa dunia.

WAN AFIQ FAHMI

Walaupun disapu ubat jenis krim untuk mengurangkan kesakitan, Afiq berkata kesakitan tetap berlarutan sehingga hari ketiga.

Kata pemuda yang berasal dari Raub, Pahang itu lagi, dia memutuskan untuk memuat naik video tersebut di TikTok sebagai simpanan namun tidak menyangka ia meraih perhatian netizen.

Rakaman live tersebut mendapat lebih 817,000 jumlah tontonan mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

"Lepas tiga jam kena air panas tu saya pergi bandar untuk beli ubat di farmasi. Sejak hari pertama sampai ketiga memang sakit walaupun letak ubat... rasa seksa dunia.

Afiq merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

"Saya tak sangka video kedua tu viral sebab mulanya saya post separuh saja. Lepas tu ada yang request nak tengok video full kejadian jadi saya pun upload baru-baru ni.

"Saya ada baca komen netizen dan semuanya terhibur dengan reaksi lepas kena air panas tu. Mereka kasihan tengok saya sebab roommate nampak tenang saja walaupun saya terkena air panas.

"Ada juga yang ajar cara sepatutnya tuam dengan air sejuk di bahagian melecur tu selama 10 hingga 15 minit supaya kesan atau parut akan berkurang. Tapi masa tu saya tak tahu sebab ni kali pertama kena macam ni," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain