BAK kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Begitulah juga dengan kisah pemuda ini yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang wanita yang jauh lebih berusia daripadanya. Meskipun jarak usia 20 tahun, namun ia bukan penghalang untuk mereka mengecap kebahagiaan sebagaimana pasangan suami isteri yang lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mengimbas kembali detik perkenalan dengan si isteri, pemuda bernama Farid Ghazali berkata segala-galanya bermula apabila kereta milik wanita tersebut rosak dan dihantar ke bengkelnya. "Ketika itu saya merupakan seorang mekanik. Saya selalu saja terserempak dengan isteri, Nordiana Saidin. Kami tinggal dalam blok bangunan yang sama, iaitu kuarters kakitangan sebuah agensi berkaitan kerajaan (GLC) di Langkawi. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu guru, kini dah jadi orang rumah! Beza 25 tahun, isteri banyak kali tanya soal usia... hairan kenapa suami tak pilih yang muda - “Keluarga kata perkara baik elok dipercepatkan” ARTIKEL BERKAITAN: [V] 24 jam nak berkepit macam belangkas, abang sado bahagia kahwin wanita beza umur 23 tahun... Anak tiri pula sebaya! "Waktu itu saya menetap dengan abang. Rumah abang di tingkat dua, isteri pula di tingkat satu. Saya anggap dia sebagai kakak saja ketika itu. "Satu hari keretanya rosak dan dia hantar ke bengkel untuk dibaiki. Daripada situ kami mula berhubung menerusi telefon tapi soal kereta saja. "Nak dijadikan cerita, tak lama kemudian, mak saya datang ziarah ke rumah abang. Mak rajin bersembang dengan jiran-jiran. Bermula daripada itu boleh pula mak 'kamceng' dengan isteri. Mak beritahu saya, dia berkenan dengan isteri dan beri lampu hijau untuk menikahinya," cerita pemuda berusia 27 tahun ini. Farid dan isterinya, Nordiana mendirikan rumah tangga pada 2018. Tambah Farid, dia pada mulanya terkejut apabila ibunya memberi cadangan agar dia menikahi ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu. "Waktu itu saya macam 'biar betul ni mak?'. Hubungan saya dan isteri ketika itu berjalan seperti kawan biasa. Setahun mengenali hati budi, akhirnya kami selamat bergelar suami isteri pada April 2018," ujarnya yang kini bertugas sebagai seorang anggota bomba. Tambah Farid, perwatakan Nordiana yang matang, menghormati orang tua dan keluarganya serta mempunyai latar belakang agama yang bagus membuatkan dia terpikat dengan wanita tersebut. Lumrah setiap hubungan pasti ada cabarannya, lebih-lebih lagi bagi pasangan dengan jarak usia yang agak besar. Mak rajin bersembang dengan jiran-jiran. Bermula daripada itu boleh pula mak 'kamceng' dengan isteri. FARID GHAZALI "Cabaran itu pada saya hanya pada peringkat awal, iaitu bagaimana kami nak menyesuaikan diri. Isteri saya anak sulung dalam keluarganya, jadi saya automatik jadi abang ipar kepada adik-adiknya yang lebih tua daripada saya. "Begitu juga dengan isteri. Dia jadi adik ipar kepada abang serta kakak saya yang lebih muda daripadanya. Kami juga kena biasakan diri dengan rakan-rakan yang masing-masing dalam kumpulan usia yang berbeza. "Namun lama-kelamaan, perkara itu dapat diatasi," ujarnya yang mempunyai seorang anak tiri berusia 14 tahun. Lima tahun melayari bahtera perkahwinan, Farid dan isterinya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sebagai penyeri rumah tangga bernama Dhiya Humairah yang kini hampir berusia tiga tahun. Netizen menitipkan doa untuk Farid dan isterinya. Tidak menyangka videonya meraih sehingga melebihi 615,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Farid berkata dia terharu dengan komen positif serta doa yang dititipkan netizen. "Saya upload video tu secara suka-suka saja sebab ada tengok video pasangan lain seumpamanya di TikTok. Tak sangka pula sampai viral. Saya tak tulis umur isteri pada video berkenaan, namun ramai yang tanya, jadi saya jawab di ruangan komen. "Apapun pada pandangan saya, usahlah terlalu memilih kesempurnaan dalam bab jodoh. Kita sendiri pun belum tentu sempurna. "Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa untuk saling melengkapi antara satu sama lain," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI