KISAH melibatkan penghantar makanan dan pelanggan bagaikan tiada kesudahan. Selain isu pelanggan lambat menerima makanan yang dipesan, timbul juga masalah sikap tidak baik sesetengah rider yang dikongsi di media sosial. Begitu juga luahan hati seorang pelayar di Facebook menerusi satu hantaran yang mendakwa dirinya dimarahi seorang penghantar makanan. Jelas pelayar yang menggunakan nama Teamsecret Min ini, rider tersebut berang dengan dirinya apabila tetap membuat pesanan makanan walaupun cuaca hujan. Hantaran asal di Facebook. Namun, tegas wanita ini, dia sudah membuat pesanan itu lebih awal ketika cuaca masih baik. "Tadi saya kena sound dengan rider Grab (GrabFood) sebab order masa hujan. "Saya order sebelum hujan (kira dah mendung) kemudian dalam perjalanan dia tu saya rasa dah mula hujan," ujarnya. Bukan itu sahaja, wanita ini juga mendakwa dirinya diberi amaran oleh rider itu yang panas hati kerana terpaksa menghantar makanan dalam cuaca buruk. ARTIKEL BERKAITAN: Helah T20 kedekut terbongkar! Senyap-senyap kutip selepas rider tinggal makanan... “Alih-alih dapat aduan pesanan tak sampai” ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kaki terjuntai, rupanya rider gendong bayi keluar cari rezeki tengah panas... Hanya beri susu apabila balik rumah Dia yang berasa kesal dengan sikap rider tersebut mula mempertikaikan tugas lelaki itu yang sepatutnya menerima sahaja pesanan pelanggan tidak mengira waktu. "Kemudian dah sampai dia cakap dekat saya Lain kali time hujan jangan order makanan, menyusahkan rider je. Saya pula dalam hati berkata dah tu tanggungjawab kau sebagai rider kena la buat. "Sebelum kau jadi rider, kau kena terima semua benda. Baru kau akan berjaya. Ini kau bargain dengan rezeki, tak padan dengan mindset B40, patutlah tak akan berjaya," katanya. Basah memang basah, dah nama pun kerja penghantar makanan. NETIZEN Perkongsian di Grup B40 Buat Perangai Apa Harini ini meraih pelbagai reaksi netizen setelah ia tular. Rata-rata mula mempersoalkan sikap rider terbabit kerana pernah melalui situasi sama sebelum ini. "Kadang-kadang aku tak faham dengan yang acah-acah rider ni. Ada yang nak order, ada yang tak nak ambil order. Aku sebagai rider GrabFood dan Foodpanda bersyukur dapat order masa hujan. Komen pada posting yang tular. "Basah memang basah, dah nama pun kerja penghantar makanan. Kalau tak nak kena hujan reject sajalah order, bagi orang yang nak," ujar salah seorang netizen. Walaupun ada yang bersimpati dengan nasib pengguna ini, terdapat segelintir yang memahami situasi penghantar makanan itu apabila terpaksa menghantar pesanan ketika hujan. "Biasanya kalau tengah hujan lebat aku order mesti bagi tip RM1 hingga RM3 pada rider. "Bagilah tip sikit bang. Member tu dah redah hujan. Jangan kedekut," ujar beberapa netizen lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI