BERGELAR anak sulung, cabarannya besar kerana sering dijadikan tempat bergantung harap dalam keluarga. Sebagai yang paling tua pastinya anak sulung dikatakan 'lebih makan garam' daripada adik-beradik lain. Namun begitu, anak sulung juga mempunyai perasaan dan boleh 'terasa' apabila dipinggirkan. Ciapan asal luahan tanpa nama. Menerusi satu luahan di laman Twitter, seorang gadis meluahkan diema sebagai anak sulung. "Penat kan jadi anak sulung ni? Dari kecil dah kena berkorban jaga adik-adik. Kadang nak main dengan kawan-kawan pun tak boleh. "Kena duduk rumah jaga adik-adik. Kena banyak mengalah. Mainan kena bagi adik, makanan sedap kena bagi adik. "Kita yang sulung ni dapat yang ala kadar je," luah anak sulung itu. Anak sulung didewasakan lebih cepat berbanding adik-beradik yang lain. -Gambar hiasan Selain itu, dia turut mendakwa anak sulung sering dijadikan 'kambing hitam' apabila adik-beradik lain melakukan kesilapan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua beranak buat drama sedih, ibu ucap terima kasih jadi kak long penyabar... Tiba-tiba ramai anak sulung ‘banjir’ sekali! ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak hiba balik asrama, walau nangis tak putus beri bermacam nasihat untuk ibunya - “Tak sampai 15 minit dia call tanya ibu sihat?” "Bila adik buat hal, mak ayah marah kita tak ajar adik, katanya kita biarkan adik buat salah. Saya terima sahaja sebab saya sayang adik-adik saya," ujarnya pasrah. Mengakui memegang status anak sulung sememangnya memenatkan, dia turut menjelaskan kebaikannya tidak diberikan perhatian tetapi hanya kesalahan walau sekecil zarah dipersoalkan. Nak sangat dengar mak ayah cakap terima kasih kakak sebab tolong mak ayah jaga adik-adik. ANAK SULUNG "Saya tak suka jadi anak sulung. Penat sangat-sangat. Benda baik kita buat untuk adik-adik orang tak ambil tahu sebab dah anggap tu tanggungjawab kita. "Tapi sekali kita silap, berduyun makian dapat. Sepanjang masa kena tunjuk contoh baik dekat adik-adik. "Padahal kita pun manusia biasa, mesti ada buat silap," kata anak sulung itu meluahkan apa yang terbuku di hati. Anak sulung itu cuma mahu pengorbanannya dihargai ibu bapa. -Gambar hiasan Namun, gadis berkenaan hanya mampu berharap ibu bapanya dapat menghargainya di atas segala pengorbanannya. "Nak sangat dengar mak ayah cakap terima kasih kakak sebab tolong mak ayah jaga adik-adik. "Kakak anak yang bertanggungjawab,. Kakak anak yang rajin. Kakak anak yang tak berkira masa. "Mak ayah bangga dengan kakak," tambahnya lagi. Antara komen warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpihak kepada anak sulung itu. "Mak ayah awak tak adil. Sebagai anak sulung aku tahu memang kita kena jadi contoh yang baik. "Tapi tak sampai kita perlu berkorban semua benda. Sampai nak main pun tak boleh. Makan pun sisa adik-adik," kata seorang netizen. Seorang lagi netizen pula memberitahu anak sulung wajar dilayan sama seperti anak-anak lain. "Anak sulung juga merupakan seorang anak kecil yang hendak membesar. Jangan letakkan segunung tanggungjawab kepada mereka. "Jangan rosakkan childhood mereka. Nanti ibu bapa sendiri yang akan dibenci anak sulung tu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI