"FELISHA malu naik kereta ni." Video seorang kanak-kanak yang duduk di tempat duduk belakang kereta yang kelihatan usang mengundang pelbagai reaksi netizen. Begitulah respons 'jujur' anak kedua Shafina Nabilah, 30, yang pertama kali menaiki kereta Proton Iswara. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita kepada mStar, Shafina berkata, telatah anak perempuannya, Tengku Felisha Sofea yang berusia tujuh tahun itu dirakamkan pada 2021. "Kereta tu kenderaan lama tok (datuk). Sudah lama dia tak pakai kereta ni jadi kami pun buat keputusan untuk jual. "Jadi sebelum ada pembeli, suami saya pakai dulu masa tu. Suatu hari, kami guna kereta tu ke car wash milik suami. "Felisha tak pernah lagi naik kereta ni dan itu first time bagi dia. Saya tahu dia tak suka kereta jenis lama atau nampak buruk, jadi saya sengaja rakam video," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ternganga tidur berbantalkan riba anak tuannya, gelagat manja Dikna buat ramai terhibur... kepala lembu cerewet ini je dah dua tiga kilo ARTIKEL BERKAITAN: Suka sangat main peti sejuk, bayi usia setahun belajar sesuatu selepas pantas capai makanan dalam pinggan - “Saya bagi je apa dia nak buat” Menurut Shafina, sepanjang perjalanan pada hari berkenaan, anaknya hanya menyorok di bahagian bawah kerusi kerana malu. Namun ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu bahawa momen tersebut tidak sempat dirakam. Walaupun kereta kami tidaklah mewah, tapi dia memang tak biasa naik kereta lama. SHAFINA NABILAH Mengulas lanjut, Shafina memahami reaksi spontan yang diberikan anaknya, malah tidak berkecil hati. "Kereta tu memang nampak usang sikit. Jadi boleh faham kenapa dia tak suka sebab itulah saya ketawa bila dia cakap macam tu. "Selalunya dia naik kereta saya atau kereta papa dia. Saya guna kereta Honda Jazz dan suami pakai Toyota Hilux. "Tok dia pula sekarang dah pakai kereta Toyota Estima dan Honda HR-V. Walaupun kereta kami tidaklah mewah, tapi dia memang tak biasa naik kereta lama," ujar si ibu. Mengenai kereta Proton Iswara, Shafina, ia dijual pada 2021, sambil menambah tiada foto yang merakamkan kenderaan itu sebagai kenangan. Felisha menaiki kereta milik datuknya buat kali pertama. Video yang dimuat naik Shafina di platform TikTok meraih lebih 200,00 tontonan. "Jangan malu sangat adik. Kereta ni kalau dah kena air-cond dia fuh memang layan. "Belajar rajin-rajin ya adik. Nanti dah berjaya beli kereta besar bawa mak dan ayah adik ya. "Sebiji macam adik saya masa sekolah rendah. Ambil naik kereta Proton Saga. Dia suruh ambil jauh-jauh," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI