suria

Menantu stres ibu mentua berkeras nak tidur di bilik utama suami isteri... tindakan anak sendiri berani tegur memang tak dijangka

Ibu mentua mahukan bilik utama isteri. -Gambar hiasan

KONFLIK mentua dan menantu seperti tiada penghujungnya.

Ini terutama ibu mentua kerana orang mengatakan hanya ada satu permaisuri di bawah satu bumbung.

Keadaan itu turut disuarakan oleh seorang wanita yang kecewa mengenai sikap ibu mentuanya.

Ciapan asal luahan tanpa nama.

Segalanya bermula apabila ibu mentuanya datang bermalam di rumahnya dan suami, apabila mahu tidur di bilik utama.

"Sebab dia duduk seorang dekat rumah sendiri, jadi dia start boring dan mula pindah-pindah duduk bergilir rumah anak-anak dia.

"Giliran tidur rumah saya pun tiba. Dia suka duduk rumah kami berbanding rumah adik-beradik lain mungkin sebab suami jenis melayan ie apa dia nak.

"Kami bagi dia bilik yang paling kecil sebab dia tidur seorang je dan tak duduk lama," kata wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu geram perangai mentua, tiba-tiba sampai depan rumah! Isteri mengadu penat, suami pula tak ‘backup’

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau nak tengok aku bogel ke?” - Wanita rimas bapa mentua gatal, selalu terjah rumah sebab ada kunci pendua... suami suruh sangka baik!

Ibarat 'diberi betis hendak paha', ibu mentuanya itu berkeras mahu tidur bilik sepertinya, lebih selesa dari bilik yang diberikan kepadanya.

"Dia berkeras nak duduk bilik master bedroom iaitu bilik saya dan suami.

"Bilik yang kami dah bagi tu dia kata dia tak suka sebab katanya tak ada bilik air yang bersambung dengan bilik," ujarnya dengan nada kesal.

Jadi saya cakap tak boleh sebab itu bilik kami our personal space.

MENANTU

Sebaliknya, wanita itu tidak membenarkannya sambil bertegas bahawa bilik tidur utama merupakan 'ruang peribadi' buat mereka suami isteri.

"Jadi saya cakap tak boleh sebab itu bilik kami our personal space. Tapi dia degil cakap nak master bedroom.

"Esoknya bila saya balik kerja, saya nampak bekas orang baring atas tilam di bilik tidur walaupun dah kemas elok cadar sebelum keluar rumah," kata wanita tersebut.

Mengesyaki ibu mentuanya yang mencereboh masuk ke bilik tidurnya.

Bilik utama suami isteri menjadi permintaan ibu mentua. -Gambar hiasan

Namun tanpa dijangka, suaminya sendiri berani menyuarakan apa yang terbuku di hatinya.

"Suami berani cakap tak boleh masuk bilik kami lagi. Ibu mentua terus merajuk keluar rumah dan balik rumah dia sendiri," cerita wanita itu.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mencadangkan agar isteri dan ibu mentua sepatutnya lebih bertoleransi.

"Rumah tu memang dua bilik je ke? Tak ada bilik yang bersambung dengan bilik air ke? Orang tua mana suka bilik air jauh.

"Kalau pendapat saya, saya bagi je. Bagi dia merasa. Tak berbaloi bergaduh dengan mentua tentang hal-hal kecil ni," kata netizen itu.

Antara perkongsian warga maya.

Selain itu, terdapat netizen turut bertegas dengan pendirian bahawa bilik tidur utama adalah ruang peribadi suami isteri.

"Bilik tidur lelaki bini adalah ruang privasi. Tak kira la awak mak, bapak, anak, moyang sekalipun. Tak boleh suka-suka masuk apatah lagi baring tidur.

"Ibu mentua saya pun sangat menghormati privasi kami," katanya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain