suria

[V] Bayi meninggal dalam bas, tak sempat sampai hospital untuk rawatan... Ibu hanya mampu peluk, kucup anak berkali-kali

Si ibu memeluk erat bayinya yang tidak lagi bernyawa.

LULUH hati seorang ibu melihat bayi yang dikandung dalam pangkuannya terbujur kaku.

Demikian ujian yang dilalui ibu ini apabila hasrat untuk membawa anaknya menerima rawatan di hospital tidak kesampaian selepas bayinya meninggal dunia di dalam bas ekspress ketika dalam perjalanan.

Menerusi video yang tular, kelihatan si ibu dalam keadaan tergamam sambil mendakap erat anaknya yang sudah tidak lagi bernyawa.

Difahamkan, bayi berkenaan yang baru berusia sembilan bulan dibawa ibunya dari Pekan Julau ke hospital di Kuching, Sarawak.

Perjalanan dari Pekan Julau ke Kuching dianggarkan sejauh 395 kilometer, yang mengambil masa hampir lima jam.

Kejadian berlaku pada Isnin lalu, dan menurut sumber, si ibu hanya menyedari bayinya sudah tidak bernafas ketika bas tersebut sedang berhenti di Jelukong Rest Stop.

bayi tak bernyawa 3

Si ibu tidak dapat menahan kesedihan di atas pemergian anaknya.

Turut difahamkan, seorang ketua rumah panjang (tuai rumah) kemudian membantu membawa bayi tersebut ke pusat perubatan selain menghulurkan RM300 untuk perbelanjaan si ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak sanggup tengok barang arwah, ibu nak jual 'stroller' anak... Wanita ini reda bayi 3 bulan meninggal hari pertama di rumah pengasuh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak dah lama tiada, isteri tabah tengok suami masih tercari-cari dalam bilik... tanya kenapa 'tiada siapa beritahu?'

Bagaimanapun, tidak dinyatakan status kesihatan mahupun penyakit yang dialami bayi berkenaan yang memerlukannya untuk menerima rawatan.

Video yang menyayat hati itu dikongsi oleh pengguna Facebook, menunjukkan ibu tersebut dalam keadaan memeluk erat dan mengucup kepala bayinya yang tidak lagi bernyawa.

Pedih hatiku, moga tabah emaknya.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, ia ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen dan bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu malang itu.

"Kasihannya, moga kau tenang di sana adik.

bayi tak bernyawa 4

Rata-rata netizen bersimpati dan mengucapkan takziah.

"Allahu, pedih hatiku. Moga tabah emaknya.

"Semoga Tuhan beri ketabahan dan hati yang kuat untuk si ibu.

"Semoga tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Salam takziah," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain