TINDAKAN personaliti media sosial, Daing Ellando yang melakukan prank ke atas seorang wanita menyebabkan dirinya teruk dikecam netizen. Dalam video yang dirakam di sebuah taman di Semenyih, Selangor, Daing bertindak biadab apabila dia melumurkan sebiji kek pada wajah seorang wanita. Lebih pilu, wanita itu dilihat sedang menolak anak lelakinya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) sebelum dia dikejutkan dengan prank berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Okay geng hari ini Daing berada di Ecohill Semenyih. Kita nak buat apa dekat sini? Nampak ni? Perghhhh. Dekat sana tu, nampak tak yang sana tu, yang tengah tolak anak dia," ujar Daing sebelum berjalan ke arah wanita itu. Ketika mangsa baru sahaja duduk di sebuah bangku, Daing secara tiba-tiba melumurkan kek pada wajahnya, menyebabkan dia terkejut dan terus berdiri. "Awak buat apa ni?" soal wanita itu sambil membersihkan cermin matanya yang kotor terkena kek. AllahuAkhbar. Apa yang kau buat ni? Prank bodoh namanya ni. NETIZEN Selain itu, tudung hitam yang dipakai wanita itu turut dipenuhi dengan kek putih yang telah hancur. Beberapa pengunjung taman berkenaan juga seolah-olah terkejut menyaksikan kejadian berkenaan sebelum Daing berlalu pergi meninggalkan wanita itu. Video berkenaan sehingga kini meraih hampir setengah juta tontonan dan turut dihujani dengan pelbagai kecaman netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Suspek lelaki terlibat video ‘prank’ tarik tudung wanita ditahan, polis buka kertas siasatan ARTIKEL BERKAITAN: Buat prank kena pukul tapi pemuda terkejut sendiri, ayah tak buang masa terus call selepas terima mesej ‘gurauan bodoh’ – “Tak sempat saya sambung” Selain menyelar tindakan Daing, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang kelihatan sedih selepas kejadian berkenaan menimpanya. "Akak tu dah cukup dugaan dan cabaran membesarkan anak OKU. Perlu ke nak buat macam ni? "Content yang tak patut dilakukan. Kalau kena kat keluarga aku. Confirm aku saman. Daing membawa sebiji kek ketika membuat rakaman video prank berkenaan. "AllahuAkhbar. Apa yang kau buat ni? Prank bodoh namanya ni," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, beberapa individu mendakwa video berkenaan hanyalah lakonan yang telah dirancang oleh Daing. Dakwa netizen lagi, mangsa prank itu juga merupakan pelakon yang bekerjasama dengan Daing demi menyempurnakan content berkenaan. Antara pengunjung yang menjadi saksi kejadian itu. "Akak tu dah siap pakai mic guys. Pelakon dia juga tu. "Marketing. Dah dibayar tu, kalau betul logik ke orang tu nak relax? "Walaupun hanya content dah dibayar tapi aku rasa content ni paling biadab. Sekian. "Kalau ni lakonan pun aku harap kena kutip budak ni," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI