DUIT tak ada tapi nak bergaya. Ungkapan ini bersesuaian dengan kisah dikongsikan seorang pelayar di Facebook yang mendakwa ditipu seorang pelanggan. Sebagaimana dikongsikan seorang lelaki di grup berkaitan B40 di Facebook, dia yang dipercayai pemilik kedai gunting rambut di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor berkata pelanggan berkenaan lesap tanpa membuat bayaran selepas mendapatkan servis. Seorang barber mendakwa ditipu pelanggan. (Gambar hiasan) "Kejadiannya macam ni... kedai tutup pukul 10 malam. Masa dia datang tu sudah pukul 10.40 malam. "Mula-mula barber tolak tetapi dia cakap biar dia pinjam mesin sekejap nak potong sendiri. Barber pun bagi sebab masa tu dia sendiri pun tengah potong rambut pelanggan terakhir," tulisnya dalam hantaran itu. Pada hantaran yang sama lelaki berkenaan turut berkongsi dua keping foto daripada kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kedai memaparkan wajah individu yang didakwa menipu itu. ARTIKEL BERKAITAN: Diterbangkan ke Qatar gunting rambut bintang England, lelaki ini dihubungi Perancis menjelang suku akhir Piala Dunia ARTIKEL BERKAITAN: Loghat Kelantan pekat sangat, pemuda tukang gunting rambut ini cuba cakap ‘luar’ demi bisnes... Risau pelanggan tak faham! Bercerita lanjut, lelaki itu berkata individu yang pada mulanya cuma meminjam mesin untuk memotong rambut sendiri kemudian merayu kepada tukang gunting supaya memperbaiki hasil kerjanya. "Apabila barber dah siap potong pada pukul lebih kurang 11 malam... dia cakap dia tak jadi buat dan suruh barber repair balik apa yang dia buat. "Barber pun buat juga sebab fikir (pelanggan) last. Masa tengah potong (rambut), dia cakap nak bayar extra sebab sepatutnya barber shop tutup pukul 10 malam tapi ketika potong tu dah pukul 11.45 malam," ujarnya lagi. Setelah selesai, lelaki itu memberitahu tukang gunting bahawa dia mahu mengambil wang daripada isterinya di kedai makan berdekatan. Atas dasar percaya, dia dibenarkan meninggalkan premis. Tak bayar duit gunting rambut ni dah jadi pencapaian terbaharu perkembangan akhlak orang bipoti (B40) Bangi. NETIZEN "Selesai potong tu dia cakap nak pergi ambil duit dekat kedai mamak sebelah. Dia cakap orang rumah dia ada dekat sana. "Barber pun relakan sebab percaya. Barber tunggu sampai pukul 1 pagi dan dia ni tak datang-datang juga. Kesian dekat barber sepatutnya pukul 10 malam dah boleh tutup kedai. "Tapi pukul 1 pagi baru balik rumah. Barber pula student part-time. Siapa-siapa kenal (scammer) boleh PM (personal message) saya. Nak bincang elok-elok dengan dia," jelas lelaki itu. Hantaran tersebut menjadi tular di Facebook dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan pekerja yang ditipu itu. Malah, ada beberapa warga maya yang mahu membayar semula ganti rugi gara-gara tindakan tidak bermoral pelanggan tersebut. Komen netizen di Facebook. "Setakat RM15 tu barber tak berkira sangat. Tapi nak ajar dia suruh bayar hutang dan peringatan untuk orang lain di kawasan itu. "Tak bayar duit gunting rambut ni dah jadi pencapaian terbaharu perkembangan akhlak orang bipoti (B40) Bangi. "Kalau jumpa dia pertama sekali suruh urine test. "Fasal duit tu tak kisah sangat. Tapi perangai tu. Sudahlah adab pun tak ada. Orang kata dah tutup dia nak juga," komen beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI