KEMELESETAN ekonomi yang dijangka terus berlarutan sehingga tahun 2023 menyebabkan ramai pihak berusaha mencari sumber pendapatan tambahan. Ada yang sanggup membuat dua atau tiga pekerjaan dalam sehari selain mengintai peluang kerja di luar negara walaupun sekadar menjadi pemetik buah, asalkan gaji yang dibayar lumayan. Seperti yang dilakukan seorang lelaki berusia 29 tahun ini, dia menumpang di rumah rakannya di Auckland, New Zealand sementara waktu bagi mendapatkan pekerjaan. Malah menerusi mesej yang tersebar di media sosial, dia menyatakan ingin pekerjaan yang dibayar gaji secara tunai. Ciapan asal yang dibuat oleh pelayar Twitter. Bagaimanapun tindakannya itu diselar salah seorang pelayar Twitter. Turut berkongsi tangkap layar mesej lelaki tersebut, dia menyatakan tindakan yang dilakukan itu akan menyukarkan rakyat Malaysia yang ingin memasuki New Zealand jika ia dihidu pihak berkuasa. Katanya penguatkuasaan undang-undang dan tapisan ketat berlaku di Australia dan Korea Selatan gara-gara wujud segelintir pihak yang memasuki negara terbabit tanpa permit. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik heret bagasi di Seri Iskandar, pukul 3 pagi merayau cari hotel... Bahayakan diri demi Peranti Siswa ARTIKEL BERKAITAN: Hafal al-Quran sambil ‘push rank’ Mobile Legend! Remaja SPM ini dilabel ‘rare’, netizen syak teknik elak mencarut “B**i la orang Malaysia. Datang (guna) tourist visa lepas itu nak cari kerja pakai (dibayar) cash. Lepas itu buat hal (cetus masalah) je. Tolonglah, nak cari kerja (buat) secara halal, pohon dulu (kemudian) datang interview... lepas itu kalau okay boleh dapat (kerja). “Kita marah Pati (pendatang asing tanpa izin). Ini negara depa (mereka), tanyalah siapa kerja atau study overseas. Banyak benda mereka minta... English language, police certificate, proof of currency. Ini negara depa, kita ikut undang-undang mereka. Ramai rakyat Malaysia sanggup berhijrah dan kerja sebagai pemetik buah demi mendapatkan gaji yang tinggi. - Gambar hiasan “Sudahlah nak masuk Korea Selatan dan Australia susah. Lepas ini nak masuk New Zealand pun susah. Terima kasih Malaysia, lepas ini susah g**a nak masuk negara-negara lain sebab semua duduk overstay dan petik buah secara haram,” ciapnya. Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen. Meskipun rata-ratanya berang dengan bahasa kasar yang digunakannya, namun kesemua mereka bersetuju tentang pandangan yang dilontarkannya itu. Visa melancong saya ke Australia tak lepas... rakyat Malaysia di sana bangga kerja tak ada visa. NETIZEN Beberapa individu turut berkongsi tentang kesukaran mereka memohon visa melancong ke dua negara yang dikatakan sering menjadi lokasi 'Pati' dalam kalangan rakyat Malaysia. "Patut nk masuk Aussie susah walaupun purely nak melancong sana... sebab si c****a ni la. I know if you guys intend nak kerja sana, please do it legally. Aishh... I’m going there with my family for vacation next October, entah lepas atau tidak visa. "Visa melancong saya ke Australia tak lepas... rakyat Malaysia di sana bangga kerja tak ada visa, duduk bertahun-tahun tanpa visa siap buat live lagi. Mereka akan balik Malaysia dengan blacklist, rosak nama Malaysia. Antara luahan dan pandangan yang diberikan warganet. "Boleh la rasanya kirim salam penyepak. Aussie dah tighten Malaysian entry, hari tu aku siap kena tarik tepi tanya macam-macam padahal ada invitation letter daripada counterpart sana. Nak pergi meeting, silap hari bulan NZ (New Zealand) pun jadi strict kerana hal macam ni. "Aku baru balik dari Korea. Mereka ni tak faham agaknya betapa susahnya nak lepas imigresen sana sebagai orang Malaysia. K-ETA approve lambat, tiap hari ada saja baca orang Malaysia kena hantar balik (duit burn macam tu saja). Prepare dokumen penuh satu file, leceh gila," luah beberapa netizen. Dalam pada itu, ada sebilangan netizen yang mempertikaikan tahap keselamatan imigresen Malaysia yang didakwa masih membiarkan Pati 'bermaharajalela' sedangkan di luar negara telah menyekat Malaysia susulan isu yang sama. "Kalaulah undang-undang imigresen Malaysia keras macam negara lain kan (mesti) best. Ni tengok berapa banyak Pati dekat negara kita... masuk bodoh macam tu saja, itu belum masuk puak naik bot haram menangis atas bot jejak tanah Malaysia dapat kad kebal dan title abang long. "Salah kerajaan juga, pendatang asing datang sini cari kerja selamba tak ada pula kerajaan nak tubuhkan visa untuk negara lain, tapi time kami rakyat Malaysia nak pergi sana kena visa pula untuk kerja semua," rungut beberapa netizen lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI