suria

[V] “Apa salahnya kau sabar jap” - Penunggang motor sanggup berhenti tunggu ular melintas, datang pemandu van terus gilis tanpa simpati

Netizen menyelar sikap kurang sabar pemandu van ini.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah gambaran sikap seorang pemandu van yang tergamak menggilis seekor ular di tepi jalan.

Rakaman kejadian yang dipercayai berlaku di Kampung Kerdas 6, Gombak, Selangor itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas ia dikongsi menerusi Facebook.

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki dilihat memberhentikan motosikal miliknya di tengah jalan bagi memberi laluan kepada seekor ular untuk melintas.

Dari arah bertentangan, kelihatan beberapa penunggang motor turut berhenti bagi memberi laluan kepada reptilia itu yang sedang menyeberang dengan perlahan.

Apa salahnya kalau kau sabar jap bagi dia lintas dulu.

PELAYAR FACEBOOK

Kemudian, sebuah van pula muncul dan selamba menggilis ular berkenaan sebelum ia sempat melintas ke seberang jalan.

Dalam rakaman itu, jelas kelihatan ular tersebut sedang menggelupur kesakitan akibat digilis sebelum kembali menyusur ke dalam rumput.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cemas terpaksa tarik ular melekat di bontot ketika buang air besar! Selepas 2 minggu jumpa serpihan gigi si batik dalam isi punggung

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gempar ular sawa muncul depan muka pukul 12 tengah malam... Gadis syak ‘penghuni’ Tasik Kenyir ikut dalam kereta

Pengguna Facebook dikenali sebagai Mat Paih yang memuat naik video ke group "B40 Buat Perangai Apa Harini" turut menyelar tindakan tidak sabar pemandu van berkenaan.

"Apa salahnya kalau kau sabar jap bagi dia lintas dulu. Kalau ya pun nak cepat, jangan la sampai kau lenyek dia macam tu,

"Bukan duduk sampai sejam pun dia lintas jalan tu. Kalau rasa bahaya kat orang kawasan tu, call je la JPAM (kini dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) ke apa biar mereka datang tangkap," tulisnya.

ular2

Ular itu kembali ke dalam semak selepas ia digilis van berkenaan.

Di ruangan komen, netizen turut mengutuk keras tindakan pemandu van itu yang tergamak menggilis reptilia dipercayai ular sawa itu.

"Murung ular tu nak melintas. Kalau nak bunuh, bunuh terus. Langgar gitu buat dia terseksa je.

"Tergamak ya. Walaupun ia binatang berbahaya, selagi ada cara nak settle, kita settle cara baik dulu. Bukan keadaan darurat pun, binatang pun berhak nak hidup.

"Aniaya binatang ada balasan nanti," tulis beberapa pelayar Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain