suria

[V] “Dia tak peduli saya ajak selfie” - Kakak hairan adik cuak semacam masa bapa baca surah, rupanya takut kena sambung bacaan

Lelaki ini buat persediaan awal, bimbang bapanya minta sambung surah yang dibaca.

RAKAMAN menunjukkan seorang lelaki kelihatan 'cuak' sambil membelek telefonnya di bahagian tempat duduk belakang kereta menjadi tular di media sosial.

Menurut Siti Suraya Mohd Sulaimi, 21, lelaki tersebut adalah adiknya Muhamad Zulhilmi yang berusia 17 tahun yang dianggap tiba-tiba berkelakuan pelik.

Jelasnya yang senang disapa Yaya, pada hari rakaman itu dibuat, Muhamad Zulhilmi tidak mempedulikan ajakannya untuk mengambil gambar seperti yang biasa mereka lakukan.

"Kejadian tu berlaku masa kami dalam perjalanan nak ke Johor Bahru sebab ada kenduri. Sebelum kami bergerak dari Klang, ayah ada baca potongan surah dan doa memulakan perjalanan.

"Macam biasa, saya akan ajak adik ambil gambar selfie dalam kereta tapi dia tak hiraukan saya masa tu," ujar gadis ini ketika dihubungi mStar.

Menurut Yaya, adik lelakinya pada ketika itu kelihatan tekun melihat skrin telefon bimbitnya seolah-olah mengikut 'rentak' bacaan oleh bapanya.

Dia yang juga duduk di kerusi belakang kemudiannya cuba menjengahkan kepala untuk melihat apa yang dibaca oleh adiknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada sisa walau satu ayat” - Ustaz tabah belajar semula alif ba ta, lupa semua hafazan al-Quran selepas kena strok

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 14 tahun dah belajar agama di Afrika Selatan, cikgu mengaji kongsi petua hafal al Quran... terkejut live TikTok boleh dapat 6,000 views

Ternyata, Zulhilmi sedang menggelabah mencari surah yang sedang dibacakan oleh bapa mereka.

"Dia tak pedulikan saya yang ajak selfie ni sebab tengah cari surah apa yang ayah baca.

"Adik saya sangka ayah nak suruh dia sambung ayat yang dibaca tetapi tidak pun. Cuma dia standby siap-siap cari surah tu dekat telefon," jelasnya.

Kata Yaya yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik ini, kedua-dua adik lelakinya merupakan bekas pelajar sekolah agama tahfiz.

Walaupun dah tiga kali ulang baca al-Quran tapi mereka tak hafal seluruh surah dalam tu.

SITI SURAYA

Namun, adik lelakinya ini telah berhenti daripada belajar di sekolah tersebut dan kini sudah bekerja setelah menetap di Ipoh, Perak.

Imbas Yaya, sudah menjadi satu kemestian dalam keluarganya untuk sesi 'tebuk' al-Quran (uji bacaan surah secara rambang) dibuat antara anak-anak dan bapa setiap kali pulang ke rumah dari sekolah tahfiz.

Dalam pada itu, Yaya menjelaskan bahawa dia dan adik-adik lelakinya sudah berjaya khatam kitab suci tersebut sebanyak tiga kali sejak dibaca pada usia enam tahun.

"Walaupun dah tiga kali ulang baca al-Quran tetapi tapi kami tak hafal seluruh surah dalam tu.

"Zulhilmi sudah berjaya hafal 10 juzuk manakala adik ketiga hafal dua juzuk. Ayah pun suka baca surah secara random (rawak) saja setiap kali disuruh.

Yaya (dua dari kanan) dan Zulhilmi (kanan) bersama ahli keluarganya.

"Adakalanya ayah bagi surah yang mereka tak ingat, jadi ayah akan teruskan membaca sikit lagi dan minta mereka sambung," katanya lagi sambil menambah bapanya juga mengajar mengaji.

Walaupun ada ketikanya ada antara mereka terlupa beberapa surah namun bapanya tidak menunjukkan reaksi marah.

Sebaliknya dia akan menyambung sedikit lagi potongan surah sebelum mereka disuruh sambung semula dan mengulangi bacaan supaya boleh dihafal.

Video dikongsikan Yaya meraih lebih 2.9 juta jumlah tontonan.

Rata-ratanya memuji Zulhilmi kerana berjaya menjumpai surah dibaca oleh bapanya pada ketika itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain