suria

Masa jadi suri rumah dilayan macam hamba, dah kerja terus dapat layanan baik... isteri terguris suami cuma sayang gajinya

Seorang isteri berhenti kerja selepas mendapat anak pertama dan suaminya mula berubah sikap.

SELEPAS mendirikan rumah tangga, ada isteri yang sanggup mengorbankan kerjayanya demi menguruskan anak dan keluarga sekali gus bergelar suri rumah sepenuh masa.

Menurut seorang wanita yang membuat luahan hati di Twitter, dia juga membuat keputusan sama dengan memilih untuk berhenti kerja selepas menimang cahaya mata pertama.

Keputusannya itu dibuat kerana dia tidak berpuas hati dengan beberapa pengasuh anaknya yang disyaki lepas tangan dan tidak melakukan tugas seperti yang diharapkan.

"Saya pernah jadi suri rumah sepenuh masa lepas lahirkan anak yang pertama. Sebelum tu saya bekerja dengan gaji yang agak besar, malah ada masa depan dalam kerjaya.

"Habis pantang bersalin, saya hantar anak ke beberapa pengasuh tapi semuanya mengecewakan. Anak saya kelaparan dan ada masanya sampai hilang suara. Saya syak menangis sepanjang hari ketika di rumah pengasuh.

"Akhirnya saya ambil keputusan berhenti kerja dan jaga anak saya sendiri," ujarnya memulakan perkongsian menerusi Twitter @ConfessTweetMY.

Pengadu tak mampu menyumbang dari segi kewangan untuk keluarga selepas berhenti kerja.

Menurut wanita itu, timbul masalah lain pula dalam rumah tangganya apabila layanan suami mula dingin dan tidak lagi mesra seperti dulu.

Pengadu beranggapan suaminya berubah hati kerana dia tidak lagi berupaya untuk membantu atau memberi sumbangan dari segi kewangan untuk mereka sekeluarga.

"Masalah mula timbul selepas beberapa bulan saya jadi suri rumah. Suami saya berubah sikap sejak dia jadi provider tunggal dalam rumah. Dia mula marah-marah dan banyak complaint masakan saya dan cara saya kemas rumah.

"Hampir setiap hari dia perli saya duduk rumah pun tak reti kemas. Tidur je agaknya dia ingat. Dia tak tahu betapa penatnya jaga baby yang ada separation anxiety. Saya mula jadi hamba dalam rumah ni.

"Disebabkan saya tak ada duit dan bergantung 100 peratus gaji suami, saya terpaksa turut je perintah dia," cerita wanita itu panjang lebar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga hidup melarat... Hutang keliling pinggang gara-gara suami dibuang kerja kerana bipolar! Isteri pula sarat mengandung

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur baik-baik tak jalan, suami menyesal kahwin isteri pemalas tahap melampau... Biar anak-anak lapar, tak mandi sampai malam!

Enggan membiarkan dirinya terus dilayan buruk oleh suami sendiri, wanita itu akhirnya kembali bekerja selepas anaknya berusia setahun.

Apa yang mengejutkan, suaminya berubah menjadi dirinya yang normal selepas dia mempunyai pendapatan, membuatkan wanita ini terasa hati dengan apa yang berlaku.

"Nasib baik tempat kerja lama saya terima saya bekerja balik. Saya dapat bekerja kembali dengan post lama saya, plus gaji lama saya dulu. By the way, gaji saya lebih besar daripada suami saya sekarang.

"Saya bersyukur sangat dan tak tunggu lama, terus masuk kerja selepas jumpa taska berdekatan dengan ofis. Bila saya dah mula kerja dan dapat gaji macam biasa, suami mula berbaik dengan saya. Dia minta tolong saya bayarkan certain bills macam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan air.

"Dia tak lagi marah-marah, tak complaint apa-apa langsung. Tapi hati saya terguris selama setahun jadi suri rumah. Saya tak anggap dia orang baik. Bagi saya dia gagal jadi suami yang melindungi masa saya susah," ujarnya.

Tangkap layar ciapan asal di Twitter.

Dia kini meneruskan hidup seperti biasa dan pada masa yang sama turut membuat tabungan khas kerana risau suaminya berubah hati sekali lagi pada masa akan datang.

"Sia-sia saya berkorban masa depan kerjaya untuk anak. Semua sindiran dan tengkingan saya tak akan lupa sampai bila-bila. Bila dah pegang duit sendiri ni barulah hati tenang.

"Tak rasa lagi sempit terpaksa bergantung hidup dengan suami. Sekarang saya buat tabung simpanan kecemasan, just in case berlaku lagi situasi ni. Ada duit senang nak lari, senang nak buat apa-apa," ujarnya mengakhiri luahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain