SELAIN majlis perkahwinan, hujung tahun juga meriah dengan program berkhatan sama ada secara individual mahupun beramai-ramai. Pelbagai ragam dan drama dapat dilihat menerusi gelagat kanak-kanak yang mencuit hati. Ada yang teruja kerana merasakan diri bersedia melangkah ke alam dewasa, tidak kurang juga yang berasa takut dan menangis kerana membayangkan rasa sakit disunat. Begitu juga dengan seorang kanak-kanak yang mana video ketika dia berkhatan dimuat naik oleh ibunya baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi video berdurasi 1 minit 17 saat itu, wajahnya kelihatan tenang dan gembira kerana dapat bermain soopa doopa. Namun selepas beberapa ketika, dia mula menitiskan air mata sebelum menangis teresak-esak sambil membaca zikir dan pelbagai doa ketika berkhatan. ARTIKEL BERKAITAN: 5 tips elak ‘bentan’ selepas bersunat, yang penting jangan letak ubat sensei! ARTIKEL BERKAITAN: Takut punya pasal, budak ini bikin riuh masa bersunat, main game Free Fire sambil baca al-Fatihah kuat-kuat - “Ya Allah bagilah aku menang” Berkongsi pengalaman suka duka Syed Muhammad Rayyan 'Izzuddin Syed Tarmisi yang berusia lapan tahun ketika berkhatan, ibunya Norazura Basir berkata, sebelum majlis bermula anaknya memang gembira kerana impian untuk mandi air pancut dari paip bomba menjadi kenyataan. "Masa dia berusia empat tahun, dia pernah melihat kanak-kanak berbaju Melayu mandi beramai-ramai di bawah pancutan paip bomba. "Dia tanya kenapa mandi ramai-ramai macam tu kerana nampak seronok... saya pun bagitahu yang program tu sempena berkhatan, jadi dia pun simpan impian nak berkhatan dengan mandi pancutan paip bomba juga. Ayen merupakan anak tunggal yang manja dan kelakar. "Ikutkan perancangan, nak khatankan dia masa umur enam tahun tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) hasrat tu ditangguhkan dulu," ceritanya yang tidak menyangka impian anak tunggalnya menjadi kenyataan kerana terdapat program khatan beramai-ramai anjuran surau Al-Khairiah dan Persatuan Belia Felcra Seberang Perak, Perak. Disebabkan berjaya mendaftar masuk ke program itu, anaknya yang mesra dipanggil Ayen berasa sangat teruja dan gembira. Semasa giliran dia tiba, jenuh bertarik sebab dia tak mau masuk... nak baring pun kena paksa dan masa ni mulut dia tak berhenti zikir serta baca ayat lazim sambil menjerit meraung. NORAZURA Menurut Norazura, anaknya merupakan seorang yang manja dan pemalu namun berani menyahut cabaran malah tetap bersemangat ingin bersunat pada 10 Disember lalu meskipun telah mendengar pelbagai cerita daripada rakan-rakannya. "Entah macam mana, malam sebelum bersunat dia kelihatan berdebar sangat sehingga papanya (ayah kandung) call untuk bagi semangat. Abah dia (bapa tiri) pun tak berhenti bagi semangat. "Malam tu dia mengigau semasa tidur dan menangis kata takut nak bersunat. Tapi apabila bangun pagi, dia nampak bersemangat semula dan bersiap awal pakai baju Melayu berwarna hijau. "Tiba-tiba semasa dalam perjalanan ke tempat program, dia dah menitiskan air mata sebab berdebar," katanya kepada mStar. Norazura bersama suami dan anak tunggalnya, Ayen. Bagi membantu menghilangkan rasa berdebar, bapa kandungnya membuat panggilan video, begitu juga rakan-rakan ibunya bagi memberi kata-kata perangsang. Bagaimanapun, sejurus program bermula dan diarak dengan bunga manggar, perasaan gementar anak kelahiran Klang, Selangor itu hilang. Tambahan pula, dia bersama rakan-rakan dapat mandi dari air paip bomba dan bermain soopa doopa. "Disebabkan gilirannya adalah paling awal, jadi dia tidak puas mandi dan bermain. Tapi dia terpaksa menunggu di luar bilik khatan kerana terlewat semasa tukar baju. "Masa ni, dia dah mula nangis mungkin sebab seram selepas dengar tiga budak yang berada di dalam bilik khatan tu menangis. "Jadi saya dah pesan awal-awal supaya berzikir kalau tak mahu sakit. Semasa giliran dia tiba, jenuh bertarik sebab dia tak mau masuk... nak baring pun kena paksa dan masa ni mulut dia tak berhenti zikir serta baca ayat lazim sambil menjerit meraung," kongsinya. Bercerita lanjut, Norazura berkata, anaknya yang gemar membuat punch line dan kelakar itu bagaimanapun menzahirkan rasa gembira kerana impian untuk mandi dari air pancut bomba tercapai. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI