suria

[V] Angkara ternampak adegan intim mak dengan boyfriend, murid lelaki ajak rakan perempuan ‘one by one’ atas katil

Murid lelaki cuba mengajak rakan perempuan melakukan aksi ranjang selepas melihat perbuatan ibunya.

PENCERAIAN yang berlaku antara ibu dan bapa sering menjadi punca anak-anak bermasalah sehingga mengganggu perkembangan emosi.

Malah ia turut memberi kesan terhadap pergaulan dengan rakan sebaya terutama dalam kalangan kanak-kanak yang cenderung untuk meniru tanpa mengetahui kesannya.

Seperti situasi yang dikongsikan seorang guru disiplin (bahagian sahsiah murid) di sebuah sekolah di Sabah baru-baru ini, dia agak terkejut apabila menerima aduan berkaitan hubungan ranjang oleh seorang murid perempuan.

Mana tidaknya, berdasarkan aduan berkenaan, seorang murid lelaki berusia 12 tahun itu dikatakan mengajak pengadu untuk berdua-duaan di atas katil.

"Dia kata kepada budak perempuan tu ‘weh jomlah kita one by one atas katil’," demikian cerita guru terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditanya manusia pertama jejak ke bulan, guru terpinga-pinga satu kelas ketawa... biadab petik nama pelakon porno

Bimbang kejadian buruk berlaku, Noorazma Mohd Toha yang turut mengajar subjek bahasa Arab memanggil murid terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Apa yang menyedihkan adalah murid terbabit mengakui kata-katanya selain memaklumkan pernah melihat ibunya melakukan aksi ranjang.

Noorazma menceritakan semula situasi yang berlaku terhadap muridnya.

Noorazma menceritakan semula situasi yang berlaku terhadap muridnya.

Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 12 tengah malam semasa dia terjaga kerana mahu ke tandas dan pada masa itu rumah lamanya jenis binaan kayu serta tidak mempunyai bilik.

Bercerita lanjut, guru berusia 32 tahun menyatakan, murid lelaki tersebut merupakan seorang yang bermasalah dan selalu tunjuk protes serta membuat bising kerana inginkan perhatian.

“Bila saya siasat, memang dia ada family problem. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

Alhamdulillah serba sedikit memang nampak perubahan positif selepas ditegur.

NOORAZMA

GURU

“Mak ayah sudah bercerai dan yang dia nampak ‘bersama’ tu emaknya dengan pasangan baru. Saya difahamkan bahawa emaknya dan pasangan baru tersebut belum berkahwin,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Ekoran daripada itu, Noorazma memberi perhatian khusus bagi mengelakkan murid terbabit terus terjerumus dalam masalah sosial.

“Saya katakan pada dia supaya membaiki dan menjaga solat lima waktu... jaga setiap perkataan yang keluar daripada mulut serta batas pergaulan dengan murid perempuan,” ujarnya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Menurutnya lagi, selepas beberapa ketika teguran diberikan dia melihat perubahan positif dalam diri murid terbabit.

Ia juga susulan program khusus yang disediakan bagi membantu murid bermasalah.

“Alhamdulillah serba sedikit memang nampak perubahan positif selepas ditegur.

"Kami daripada unit disiplin dan unit kaunseling sekolah ada buat program susulan dengan murid sasaran,” tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain