suria

[V] Hiba di sebalik masakan enak! Anak kongsi momen makan lauk terakhir tinggalan ibu, ‘part’ hisap daun paling tragis

Lelaki ini menikmati makanan terakhir dimasak arwah ibunya.

SESEDAP mana pun hidangan disediakan tukang masak terkenal atau cef restoran lima bintang, masakan ibu pastinya menjadi nombor satu dalam carta.

Semestinya hidangan dari air tangan wanita yang mengandungkan dan membesarkan kita dirasakan paling sedap di dunia dan tiada tandingannya.

Bagaimanapun nikmat itu tiada lagi pengganti seandainya insan tersayang ini pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Itulah yang dialami seorang pemuda yang berkongsi kisah tragis tentang masakan ibunya menerusi satu video yang kemudiannya tular.

Menerusi video itu, dia dilihat sedang menjamah makanan terakhir yang ditinggalkan ibunya di dunia ini sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhir.

Dalam hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @1million.story, lelaki itu dilihat menikmati sepinggan nasi lauk daging yang dimasak arwah ibunya dan paling pilu apabila dia turut menghisap daun yang diletakkan dalam kuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis dapat lepas rindu makan gulai ayam ala masakan ibu, hakikatnya isteri hanya masak guna rempah frozen tahun lepas

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu scam anak sendiri! Masak nasi bujang di dapur tapi bungkus macam kedai, siap ada paper bag... Habuan asyik nak makan luar

“Air tangan terakhir mama sebelum dijemput Ilahi.

“Saya hisap sisa daun ni tinggal kenangan terakhir,” tulisnya di dalam video tersebut.

Difahamkan lelaki berkenaan masih berada dalam fasa terkejut kerana ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba.

Ibunya meninggal dunia pada waktu pagi setelah selesai menunaikan solat sunat Dhuha.

Ibunya meninggal dunia pada 16 November 2022.

Lebih menyayat hati, wanita itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya, pada 16 November lalu.

Tambahnya lagi, sebelum dijemput Ilahi, arwah menyimpan banyak lebihan makanan di dalam peti sejuk beku.

Apa yang yang dilakukan ini seakan-akan dia sudah mengetahui bakal pergi buat selamanya.

“Arwah ibu simpan banyak lebihan makanan, seakan tahu diri bakal pergi,” katanya lagi.

Saya bahagia tengok makanan tu ada dalam peti ais.

NETIZEN

Dia yang sehingga kini masih terkejut dengan pemergiaan ibunya turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat untuk meminta keampunan daripanya.

“Maafkan adik mama, adik tak sempat mintak ampun detik akhir. Sedar-sedar mama dah tak bernyawa.

“Sampai hari ini hati adik masih pilu,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial turut merasai kesedihannya apabila melihat adegan menyayat hati lelaki ini.

Malah, netizen juga berkongsi pengalaman sedih menikmati masakan terakhir yang dimasak oleh arwah ibu mereka.

Komen netizen di TikTok.

“Mak saya meninggal dah 37 hari. Masakan terakhir mak masak masih saya simpan dalam peti walau dah tak boleh makan. Saya bahagia tengok makanan tu ada dalam peti ais.

“Arwah ibu masuk ICU (unit rawatan rapi) masa hari raya. Tapi arwah buat ketupat awal simpan dalam peti. So pagi raya kami adik beradik boleh makan. Sedih.

“Saya sempat makan masakan terakhir arwah. Penuh linangan air mata dalam lauk,” netizen berkongsi cerita masing-masing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain