KISAH seorang bayi perempuan yang dijemput Ilahi akibat penyakit leukemia pada 12 Disember lalu meruntun hati netizen. Menurut Hanis Nazihah Mohd Nadzri, 23, anaknya yang diberi nama Sofea Delilah disahkan menghidap penyakit itu ketika usianya baru menginjak enam bulan, pada tahun lalu. "Anak sulung kami disahkan menghidap leukemia pada usia enam bulan. Penyakit itu berisiko tinggi memandangkan dia berumur bawah setahun. Telatah si comel ini pastinya dirindui Aiman dan Hanis. "Dia juga perlu melalui proses kemoterapi. Ketika umur 10 bulan, pemeriksaan yang dibuat mendapati sel kanser dah kosong. Dalam sebulan dia rehat kemoterapi. "Namun penyakit datang kembali. Akhirnya anak kami meninggal dunia pada usia setahun empat bulan, pada tarikh 12 Disember 2022," ujarnya kepada mStar. Senang disapa Hanis, dia dan suaminya Muhammad Aiman Alias, 22, tidak menyangka bayi sulung mereka 'dipinjamkan' dalam tempoh yang cukup singkat. Barang arwah anak pun kami tak kemas lagi kat rumah. Kami tak sanggup nak pegang. MUHAMMAD AIMAN ALIAS Menurutnya, Sofea merupakan bayi yang aktif dan kuat melawan penyakit, sekali gus memberi harapan melihat si comel itu membesar seperti kanak-kanak lain. "Ketika tanya doktor mengenai jangka hayatnya, doktor sendiri kata 'no comment' tentang hal itu. Saya dan suami nampak dia sangat kuat melawan penyakit. "Doktor juga kata dia bayi yang kuat. Orang kat wad pun kenal dia sebagai bayi yang aktif, suka panjat pagar dan katil. Jadi kami mula membina harapan di situ. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kamu kejam rampas bayi kami!” - Lelaki merana anak meninggal, isteri parah dalam kemalangan gara-gara lori lebih muatan ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tertidur kepenatan, bayi meninggal tersedak susu badan... cuma mampu menangis lihat jenazah dimandikan "Pada masa sama, setiap hari saya rasa gelisah. Setiap malam kalau nak tidur, saya risau nanti bangun dia dah tak ada. Tapi tipulah kalau tak berharap dia sihat semula, sebab dia tak tunjuk macam sakit, nampak sangat normal," imbas Hanis lagi. Dalam pada itu, suaminya yang disapa Aiman berkata mereka sekeluarga reda dengan dugaan berat yang dihadapi dan kini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Tambah Aiman, dia juga terharu membaca komen-komen netizen selepas berkongsi kisah kematian anaknya menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini. "Kami rasa terharu bila baca semua komen. Saya juga perasan ramai yang senasib dengan kami. Ada juga mak ayah yang baru kematian anak. Foto kenangan bersama anak. "Cuma satu pesanan saya, kita kena cuba sehabis baik, tawakal pada Allah dan terakhir, hargailah insan yang kita sayang, sebab kita tak tahu sama ada hari esok masih ada atau tidak. "Mana-mana ibu bapa yang melalui fasa seperti ini, jangan takut, anda tidak keseorangan. Ramai yang melaluinya," ujarnya yang merupakan ejen insuran. Aiman yang menetap di Kuala Lumpur berkata, dia dan isterinya kini banyak menghabiskan masa dengan aktiviti luar rumah kerana sedih kehilangan anak masih terasa. "Kami tak balik rumah terus, hanya balik betul-betul masa dah mengantuk nak tidur. Biasanya kami akan keluar tengok wayang, jalan-jalan, pergi pantai, duduk dalam kereta. Kadang-kadang tak turun kereta pun, kami cuma nak bergerak. Nak lari dari benda ni. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2020. "Barang arwah anak pun kami tak kemas lagi kat rumah. Kami tak sanggup nak pegang. Mainan dia, susu dia, semua ada lagi," ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 2020. Berdasarkan pengalaman, Aiman turut menitipkan pesan kepada ibu bapa di luar sana supaya mengambil perlindungan insuran atau takaful demi masa depan keluarga masing-masing. "Jika berkemampuan, ambillah perlindungan insuran atau takaful. Sebab hidup kami tunggang terbalik dari segi kewangan kerana rawatan. "Dua minggu terakhir kami nak luang masa dengan baby pun terbantut, kerana banyak tempat nak bawa dia berjalan, tapi duit habis kos ulang-alik hospital semua," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI