SEMAKIN dekat majlis nikah, banyak dugaan dan cabaran yang dilalui oleh bakal pengantin. Ada yang diuji dengan sikap pasangan yang tiba-tiba berubah atau kewujudan orang ketiga, tidak kurang juga berdepan masalah kewangan. Menerusi perkongsian seorang wanita, dia bukan sahaja menzahirkan kebimbangan, malah berasa hairan dengan sikap bakal suami yang tiba-tiba tidak mempunyai duit simpanan. Majlis perkahwinan yang dirancang tidak lama lagi pada Februari tahun depan, namun duit hantaran yang dijanjikan masih belum mencukupi. Bukan itu sahaja, jumlah simpanan RM10,000 yang dikhabarkan sebelumnya juga sudah habis. "Aku just nak share, bulan dua ni nak kahwin tapi bakal suami tak cukup duit hantaran. Aku minta RM10,000. Sebahagian petikan luahan wanita terbabit. "Aku ambil pakej kahwin RM24,000... RM14,000 aku bayar, RM10,000 lagi dari duit hantaran dia. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini nak jual hantaran, 'healing' tak jadi kahwin... Beg Dior harga RM22,500 pun ada! Tapi terkejut ramai DM nak jadi pengganti ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami ambil ringan bab majlis, hantaran! Masa bertunang pun dah buat hal, wanita keliru nak kahwin atau tak "Tapi dia kata duit tak cukup or tak ada, aku pun tahulah," luahnya menerusi mesej yang dikongsikan di laman Twitter TwtWedding. Lebih menghairankan apabila dia menyatakan jumlah yang kurang adalah banyak namun tidak memaklumkan amaun sebenar. Runsing memikirkan situasi yang berlaku, wanita berkenaan mendapatkan pandangan ibunya. "Mak aku kata, gadaikan gelang emas dia dahulu untuk top up mana yang tak cukup," ujarnya. Menurut wanita itu lagi, sebelum bertunang, bakal suaminya itu pernah memintanya menyimpan RM10,000. Majlis yang dirancang berbaki dua bulan sahaja. Bagaimanapun, pada masa itu dia enggan menerimanya kerana belum mempunyai sebarang ikatan. Jangan sebab jantan macam ni, kau buang masa dan duit untuk kahwin... patut mak dia yang gadai barang kalau nak kahwin, bukan mak kau. NETIZEN Tambahan pula perkenalan baru sahaja bermula pada awal Februari lalu. "Tapi sekarang, bila hampir kahwin ni, dia kata duit tu habis macam air... tak tahu pergi mana RM10,000 tu. "Sepanjang aku dengan dia, jarang betul nampak dia shopping atau membeli. Kalau baju pun aku yang belikan untuk dia," kongsinya lagi. Dalam mempersoalkan situasi itu sebagai sebahagian dugaan menjelang perkahwinan, wanita itu turut menyatakan bahawa bakal suaminya pernah putus tali pertunangan sebelum ini. Malah katanya, selepas kejadian berkenaan duit simpanan untuk berkahwin dihabiskan begitu sahaja. "Masa dia dengan ex, apa sahaja ex minta semua dia tunaikan... sambung degree pun dia tanggung selama empat tahun walhal keluarga perempuan tak suka dia sebab SPM dan kerja biasa. "Dia cakap sampai tiga kerja dia buat untuk tanggung bekas tunang belajar sebab nak tunjuk pada keluarga perempuan yang dia mampu dan boleh tanggung," coretnya lagi. Meskipun mengetahui perkara tersebut, dia tidak pernah meminta-minta melainkan sekadar lelaki itu membayar ketika keluar makan bersama. Warganet menyarankan supaya wanita terbabit tidak meneruskan majlis. Luahan yang dikongsikannya kemudian menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata warganet beranggapan lelaki terbabit bukan sahaja seorang yang tidak jujur malah tidak berusaha untuk melancarkan urusan majlis perkahwinan. "Ask him to be transparent dengan you, why not enough all that. Dia kena discuss dengan famili dia, hantaran tak cukup and see what can they do. If cannot do anything, kena ada perbincangan dua keluarga, I heard hutang hantaran? Groom bayar after nikah like that. "Lajunya nikah. Anyways, kalau dia nak... he'll make it happen. Dua bulan lagi, agak-agak dia boleh capai RM10,000 tu? Maybe this is a sign. He's not honest, this could be a permanent thing in your relationship. Nak? Kata ada, sebenarnya tak ada. "Suruh tunang tulis apa hutang dia sebenarnya, kerja apa dia buat. Kena transparent, nanti kahwin jangan hairan kalau ni akan sentiasa jadi punca gaduh. "The problem is that, he is not being transparent. And if he can't be honest with you it's not a relationship worth staying in. Sebelum kahwin pun tak boleh jujur lepas kahwin macam mana," ujar beberapa netizen. Dalam pada itu, segelintir warganet juga menyarankan wanita terbabit tidak meneruskan perkahwinan yang dirancang kerana bimbang menyesal di kemudian hari. "Dia tak berusaha untuk berkahwin dengan you. Jangan menyesal selepas kahwin. Been there before and trust me, you will regret it. Sebelum ni dia boleh usaha untuk previous girl, kenapa you yang bakal isteri kena macam ni... kalau dia nak kahwin, dia akan usaha bagi cukup juga duit buat dua tiga kerja. "Stop la! Trust me, if he not give you any effort now then what you expect after marriage? Jangan sebab jantan yang macam ni, kau buang masa dan duit untuk kahwin... patut mak dia yang gadai barang kalau nak kahwin, bukan mak kau. Kesian mak kau nanti bukan dapat menantu tapi hantu. "First thing, kalau dia tak mampu nak keluarkan fulus (duit) dia untuk perkara penting, tinggal dan cari orang lain. Hidup ini bukan kerana cinta semata-mata," ujar beberapa netizen yang berunsur nasihat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI