suria

[V] Malang ambulans ‘terbang’, gadis parah di tangan... Kakak buka cerita kejadian sebelum hubungi 999, ibu tiba-tiba pengsan!

Syazwani (tengah) berkongsi cerita mengenai kemalangan melibatkan adik (kanan) dan ibunya (kiri).

SUDAH jatuh ditimpa tangga.

Demikian nasib yang menimpa seorang pesakit dan anaknya apabila mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang pada Selasa ketika menaiki sebuah ambulans.

Ketika dihubungi mStar, Nur Syazwani, 29, yang merupakan anak dan kakak mangsa menceritakan semula situasi sebelum ambulans St. John yang dinaiki mereka terbabas sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Jelasnya, kenderaan tersebut dikatakan terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok sebelum terbalik.

“Pada hari kejadian tu mak saya mengadu sakit kepala. Mungkin disebabkan ada penyakit darah tinggi.

“Tak lama lepas tu mak pengsan dekat rumah. Saya berasa sangat panik.

“Saya terus hubungi talian 999 untuk minta bantuan pihak hospital. Sebuah ambulans datang ke rumah untuk bawa mak pergi hospital,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kamu kejam rampas bayi kami!” - Lelaki merana anak meninggal, isteri parah dalam kemalangan gara-gara lori lebih muatan

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa rentung dalam kemalangan rupanya baru pulang umrah, sempat kongsi petikan doa di WhatsApp sebelum kejadian

Menurut Syazwani, hanya adik perempuanya, Nazatul Syamira,24, yang menemani ibu mereka, Rosmi, 54, menaiki ambulans ke hospital.

Bagaimanapun, ketika dia dan suami dalam perjalan ke hospital menaiki kenderaan sendiri, mereka mendapat satu perkhabaran mengejutkan.

“Ayah saya pun tak sihat, jadi dia terpaksa duduk rumah saja. Saya dan suami lambat sikit sebab kami terpaksa hadap kesesakan lalulintas.

“Tak lama lepas tu saya terima satu panggilan daripada orang tak dikenali (orang awam). Dia cakap ambulans yang bawa ibu dan adik saya tu kemalangan,” imbasnya.

kemalangan ambulans

Keadaan mangsa sejurus selepas insiden.

Setelah tiba di hospital, Syazwani berasa terkejut dan sedih melihat keadaan adiknya yang cedera parah.

Walaupun ibunya dalam keadaan stabil tetapi sebahagian tangan kiri adiknya dikatakan mengalami luka akibat kemalangan tersebut.

“Sampai sekarang saya masih terkejut, takut dan marah dengan apa yang terjadi.

“Saya tak dapat nak kongsikan apa-apa gambar keadaan adik sekarang sebab masih tak boleh melawat dia. Dekat red zone pula memang tak boleh ambil gambar.

Sampai sekarang saya masih terkejut, takut dan marah dengan apa yang terjadi.

NUR SYAZWANI

“Saya kena tunggu adik discharge dulu untuk buat laporan polis. Lepas dah selesai urusan dengan hospital barulah saya ambil tindakan lanjut,” katanya lagi.

Untuk rekod, kemalangan itu turut melibatkan pemandu ambulans berusia 22 tahun dan pembantu perubatan 28 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan, dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, pemandu ambulans dan pembantu perubatan sedang dalam perjalanan dari Sungai Ara selepas mengambil pesakit dan anak perempuannya untuk dibawa ke HPP.

Keadaan ambulans yang terbabas.

“Apabila menghampiri Jalan Masjid Negeri (menghala ke Jalan Scotland), pemandu ambulans hilang kawalan menyebabkan ambulans terbabas melanggar pembahagi jalan dan sebatang pokok di sebelah kanan jalan lalu terbalik.

”Pemandu ambulans, pesakit dan anak perempuannya tersepit di tempat duduk dan selamat dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Saravanan berkata, pemandu ambulans itu mengalami kecederaan di tangan dan kepala manakala pembantu perubatan cedera ringan di muka dan tangan.

”Pesakit mengalami kecederaan di kepala manakala anak perempuannya pula cedera di kepala dan muka,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain