suria

[V] Hempuk kepala babi hutan guna pendayung, mangsa banjir Kelantan dilabel kejam! - “Jangan jadi manusia tiada perasaan”

Tindakan mangsa banjir mengetuk kepala babi hutan jadi perdebatan di Twitter.

SITUASI banjir yang sedang melanda negeri Pantai Timur bukan sahaja dirasai oleh penduduk setempat, malah turut memberi kesan kepada pelbagai jenis haiwan.

Dalam satu rakaman tular, kelihatan sekumpulan babi hutan sedang berenang mengharungi banjir dan cuba mendekati bot yang dinaiki sekumpulan individu.

Ketika salah seekor babi hutan mendekati bot, seorang lelaki bertindak mengetuk kepala haiwan tersebut menggunakan pendayung bagi menghalaunya pergi dari kawasan itu.

"Mangsa banjir dipukul dengan dayung bila cuba naik dalam bot," tulis individu yang berkongsi video itu ke media sosial.

Berdasarkan dialek pertuturan, kumpulan lelaki yang menaiki bot itu dipercayai berasal dari Kelantan.

Video yang meraih sejuta tontonan di Twitter itu turut menjadi perdebatan apabila ada yang mendakwa ia merupakan tindakan kejam ke atas haiwan.

Fahami bahasa haiwan dulu, babi tu tengah agresif dan dalam posisi nak menyerang.

NETIZEN

Menurut segelintir pelayar Twitter, lelaki berkenaan tidak sepatutnya mengetuk kepala haiwan menggunakan pendayung, apatah lagi ia juga sedang menyelamatkan diri daripada banjir.

"Ini jelas satu tindakan yang kejam. Walaupun ia adalah haiwan liar, mereka tidak menyerang tetapi hanya cuba menyelamatkan diri. Tidak perlu memukul, atau ketawa seperti orang bodoh.

"Babi hutan tidak mengganggu mereka pada mulanya, dan kemudian dalam video itu, mereka membuat bunyi salakan anjing untuk menarik (perhatian) babi hutan. Provokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemilik hotel kucing di Kelantan cemas! Anak sakit perlu dibawa ke klinik segera, 7 ekor bulus di premis terperangkap banjir

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak tenang di overseas fikir kereta! Usahawan Kelantan panik cari bantuan selamatkan Lamborghini RM2 juta, sedia bantu mangsa banjir

"Ia nampak takut, panik. Kalau hati awak baik, ambil sesuatu untuk dia berpaut. Tak kelakar buat macam tu.

"Anda tidak perlu memukul mereka seperti itu. Hanya tolak mereka perlahan-lahan dari bot anda. Jangan jadi manusia tiada perasaan," tulis beberapa individu.

Dalam pada itu, ramai netizen turut menyelar individu yang bersimpati dengan babi hutan dan menganggap mereka tidak tahu apa-apa tentang hidupan liar itu.

Kata netizen, mangsa banjir dalam video itu melakukan tindakan tepat kerana babi hutan berupaya mengancam keselamatan mereka.

Flood condition at Taman Sri Muda in Seksyen 25 Shah Alam on Sunday morning around 11am. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Penduduk Kelantan dan Terengganu berdepan banjir sejak Ahad lalu.

"Ramainya geng-geng budak bandar tak tahu perangai babi hutan. Korang ingat babi hutan ni jenis lembik manja macam babi pink tu ke. Mari duduk kampung masuk kebun tengok perangai babi hutan macam mana.

"Fahami bahasa haiwan dulu. Babi tu tengah agresif dan dalam posisi nak menyerang. Babi juga perenang yang baik. Kalau brother ni tak hempuk babi tu sah-sah bot ni boleh terbalik. Silap kena gigit lagi.

"Datang dah komen terpaling cintakan haiwan, habis tu kalau babi tu sondol sampai boleh mencederakan kau tak payah selamatkan diri la? Kau ingat babi hutan tu macam kucing ke?

"Kalau tolong ibarat melepaskan anjing yang tersepit, tak silap terbalik boat tu. Bukannya bot ada enjin boleh elak, cara macam tu je la nak bagi dia menjauh," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain