suria

[V] Tumpah air mata, customer service suruh lupus makanan... Rider rasa bersalah batal pesanan, motosikal rosak tengah jalan

Motosikal penghantar makanan ini rosak menyebabkan pesanan pelanggan tidak dapat diteruskan.

TUGAS penghantar makanan bukan sesuatu yang mudah kerana setiap pesanan yang di bawa merupakan satu amanah.

Mereka pastinya akan memberikan segala kudrat yang ada untuk memenuhi tuntutan itu.

Namun begitu, ada kalanya aral yang melintang boleh menghalang mereka daripada memikul tanggungjawab tersebut.

Dalam satu video tular di TikTok, Nur Adelia Aliah Lai, 22, berdepan ujian apabila motosikalnya tiba-tiba rosak.

"Sebelum kejadian tu, kawan saya pinjam motor bawa dari rumah saya di Damai, Kuala Lumpur ke Mentakab, Pahang.

"Dia pergi dan balik hari yang sama... maksudnya gerak pagi, sampai sana dalam tengah hari, lepas tu petang terus balik sini.

"Motosikal saya tu tak ada cooler, jadi kalau dah bawa jauh kena bagi rehat dulu, tapi kawan saya tu terus lenjan tanpa henti," cerita Aliah ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Apa dosa rider ini, pelanggan tuduh mencuri siap sebar foto wajah di FB... Menggigil tahan malu, rupanya restoran buat silap!

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Grab dipuji cekap bantu ambulans kawal lalu lintas... “Tengok gaya macam polis trafik, maybe dia buat partime”

Ekoran daripada kecuaian rakannya itu, motosikal Aliah mengalami kerosakan dan lebih malang apabila ia berlaku ketika dia sedang kerja.

"Hari kejadian tu, saya baru nak hantar pesanan pelanggan saya yang ketiga, motosikal saya mula meragam. Dia keluar asap putih.

"Lepas tu terus tak boleh gerak dah. Sepanjang saya jadi rider Grab selama dua tahun setengah ni, tak pernah lagi saya tak dapat selesaikan pesanan pelanggan.

Tak ada rider yang sanggup biarkan pelanggan tak dapat makanan.

ADELIA ALIAH

"Saya jadi terkilan dan sedih sangat sebab pelanggan mesti tengah tunggu makanan tu," cerita Aliah kecewa.

Terdahulu Aliah berkongsi video sedang menangis di TikTok kerana terlalu kecewa setelah gagal menyempurnakan tugasannya itu.

Lebih menyayat hati apabila makanan itu sepertinya dipesan oleh seorang ibu mengandung yang sedang berada di hospital.

"Makanan yang saya bawa tu benda-benda manisan iaitu coklat, youghurt dengan aiskrim. Macam makanan orang mengidam.

"Alamat pelanggan tu pun dekat Hospital Selayang di wad bersalin. Apabila saya call customer service, mereka cakap makanan tu kena lupuskan.

"Saya ada terfikir nak minta tolong rider lain hantarkan tapi saya tak ada contact ataupun kenalan rider Grab waktu tu.

Aliah bersama motosikalnya yang digunakan untuk menghantar makanan.

"Saya buat kerja ni seorang jadi tak ada kawan sangat," kata Aliah.

Setelah berbagai ikhtiar difikirkan dan semuanya menemui jalan mati, akhirnya pesanan pelanggan itu terpaksa dibatalkan.

"Saya rasa bersalah sangat. Saya tak nak 'gantung' pelanggan macam tu. Saya terduduk dekat tepi bus stop sebab tak tenang rasanya.

"Itu sebab saya buat video ni upload dekat TikTok, saya harap kalau viral boleh saya jumpa pelanggan tu dan minta maaf," ujar Aliah.

Aliah tidak menyangka sama sekali motosikalnya akan rosak pada hari dia bekerja.

Walaupun video itu kini mencecah hampir sejuta tontonan di TikTok, rezeki tidak berpihak kepada Aliah dan sehingga hari ini dia masih belum ditemukan dengan pelanggan tersebut.

Sebagai makluman, Aliah hanya bekerja sambilan sebagai penghantar makanan Grab dan bekerja sepenuh masa di kedai serbaneka.

Aliah sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang berminat untuk bekerja sebagai penghantar makanan Grab agar menambah kenalan.

"Tak ada rider Grab yang sanggup biarkan pelanggan tak dapat makanan.

"Apabila jadi situasi macam saya ni, boleh diselesaikan kalau ada kenalan yang kita boleh minta tolong.

"Kalau pelanggan tu ada nampak artikel berita ni, saya minta maaf sangat-sangat. Boleh hubungi saya," kata Aliah menutup bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain