ISU cop parking tidak pernah berkesudahan, terutama di kawasan perumahan pangsapuri. Ada yang meletakkan kerusi plastik, tong sampah, kon, pasu bunga atau apa saja yang boleh dijadikan tanda petak parkir itu ia dimiliki atau dilarang masuk. Namun, situasi sama turut berlaku di tempat awam, yang menempatkan kemudahan parkir untuk orang ramai. Menerusi laman sosial, seorang peniaga membuat pemberitahuan bahawa terdapat sebuah kenderaan yang meletakkan kenderaan di petak parkir berdepan tapak jualannya. Peniaga mengeluh mengenai tapaknya untuk berniaga. "Assalamualaikum semua. Maaf ye mengganggu semua. Saya nak tanya, ada sesiapa mengenali owner van ni? Atau dalam group ni ada owner van ni? "Nak minta jasa baik semua untuk beritahu owner atau owner sendiri ada dalam ni, untuk alihkan van anda sebab mengganggu kami berniaga," tulisnya. Menurut peniaga itu lagi, keadaan tersebut menyebabkan pelanggannya mengadu ruang berniaga mereka agak sempit. ARTIKEL BERKAITAN: Hanya satu kosong itupun diletak kerusi cop parkir, bapa anak istimewa bengang peniaga selamba minta alihkan kereta... kenapa nafikan hak OKU! ARTIKEL BERKAITAN: Seram! 'Suspek' warga emas cop parking guna batu nisan, "Kali pertama tengok terkejut, lepas tu rasa marah pun ada" "Harap maklum ye, mohon segera alihkan van ada. Terima kasih," katanya dalam satu hantaran yang memuat naik foto sebuah van putih di kawasan parkir di tepi jalan. Perkongsian netizen berhubung sikap peniaga tidak bertanggungjawab. Hantaran itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook sambil memberitahu sikap tidak bertanggungjawab segelintir golongan B40 boleh berlaku di mana-mana. "Apabila B40 yang suka cop parking flat nak berniaga juga. Kau ingat tu kotak parking acik kau B40?" tegur netizen yang membuat perkongsian di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini. Salah ke parking kereta di tempat parking? Yang berniaga di tempat parking tu betul ke hak dia? NETIZEN Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan sikap peniaga berkenaan, dan menyifatkan ia menjadi punca segelintir mereka disaman atau barang disita oleh pihak berkuasa kerana menjalankan perniagaan di kawasan yang tidak dibenarkan. "Sama je mana-mana, sini pun ada. Bukan parking perumahan, tapi parking depan bangunan kedai, lot parking untuk customer. Hujung sana dicop penjual goreng pisang, hujung sini oleh penjual buah-buahan, lot parking sentiasa sibuk dan penuh sebab depan bangunan lot kedai. "Parking tu dah jadi harta pusaka dia dah. Antara komen netizen. "Kalau aku, biar je situ satu hari tak payah alihkan. Lantak kau lah nak berniaga ke apa, banyak lawa muka kau, nak berniaga tapi menyusahkan orang lain. "Salah ke parking kereta di tempat parking? Yang berniaga di tempat parking tu betul ke hak dia?" demikian antara komen netizen. Malah ada yang menyarankan supaya laporan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). "Kalau aku owner van, pergi report kat PBT. Biar kena angkut. "Report je kat majlis perbandaran. Nanti kita tengok van kena saman ke acik yang kena angkut," kata netizen lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI