suria

Bercinta 4 bulan terus kahwin, sebulan kemudian dah bercerai! Wanita sanggup tunggu sampai umur 40 tahun demi cari cinta sejati

Fasa berkenalan yang cukup singkat memberi kesan dalam perhubungan. -gambar hiasan

KEPUTUSAN untuk mendirikan rumahtangga pastinya perlu difikirkan masak-masak.

Ini kerana perkahwinan merupakan satu persimpangan yang akan menentukan hala tuju hidup sehingga ke pengakhiran hayat.

Baru-baru ini tular satu ciapan di Twitter yang menyatakan fasa perkenalan untuk menuju ke jenjang pelamin tidak perlu dipanjang-panjangkan.

Ciapan asal di laman Twitter.

"Macam mana perkenalan yang beberapa bulan boleh kalahkan perkenalan yang hampir lima tahun. Saya pelik.

"Jawapannya effort. Perempuan akan berani undurkan diri untuk sesuatu yang tak pasti.

"Kalau suka halalkan, jangan biarkan perempuan rasa keliru dengan hubungan yang tak pasti," kata pemilik akaun Twitter berkenaan yang dipercayai seorang wanita.

Namun begitu, ciapan tersebut dipadam kerana mendapat kecaman hebat daripada warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Andartu T20 tak sedar diri, usia cecah 50 tahun aktif bertukar skandal... Paling tak tahan berangan nak kahwin macam lelaki Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Mengelak tiap kali ajak kahwin, BF tak usaha halalkan hubungan... Gadis ini makin bosan, tapi sayang cinta 5 tahun

Rata-rata netizen akui mereka mementingkan aspek kualiti dalam pasangan yang akan hidup bersama sehingga ke hembusan nafas terakhir.

Proses menyaring pasangan itu boleh diibaratkan seperti mencari berlian dalam keladak pasir, memakan masa tetapi akan membawa pulangan yang lumayan.

"Saya hampir nak berkahwin dengan orang baru kenal tapi akhirnya saya tukar fikiran

"Bagus nak berkahwin cepat untuk menghalalkan hubungan itu tetapi saya prefer untuk kenal hati budi dia dulu.

Kahwin dengan orang yang kita berkenan, orang yang kita boleh hormat untuk dijadikan suami.

NETIZEN

"Saya nak betul-betul rasa bahagia dengan dia.

'Tak perlu terkejar-kejar. Walaupun dia banyak curahkan dia punya usaha untuk memenangi hati saya tapi he's not my type," ujar seorang netizen susulan ciapan awal.

Netizen itu seterusnya berkongsikan kisah rakannya yang terburu-buru untuk berkahwin lalu rumahtangga yang dibina akhirnya tidak bertahan.

"Saya pun sebelum ni ada hubungan percintaan selama tiga tahun yang saya dah berikan sepenuh tenaga tetapi tidak ada rezeki.

Mengalirkan air mata untuk lelaki yang tidak sekufu adalah lebih memeritkan. -Gambar hiasan

"Perkara itu buatkan saya terfikir kenapa bazirkan masa untuk bercinta ni. Nak kenal orang lama-lama ni penat.

"Tapi bila saya tengok kawan saya yang kenal pasangan hanya empat bulan, berkahwin dan kemudian sebulan selepas tu bercerai, it taught me not to rush things.

"Biarlah saya terpaksa ambil suntikan Dexa untuk kehamilan pada umur 40 tahun daripada saya berlinangan air mata kerana memilih lelaki yang salah," kata netizen tersebut.

Warga maya yang lain juga bersetuju dengan pendirian yang ditegakkan wanita itu.

"Saya bersetuju dengan statement ni. Orang selalu cakap, kita perempuan jangan memilih sangat but I’m sorry I have to beg to differ.

Ciapan balas warga maya.

"Kahwin dengan orang yang kita berkenan, orang yang kita boleh hormat untuk dijadikan suami. Bukan sekadar ‘I am running out of time’.

"Saya harap awak akan jumpa lelaki yang betul-betul serasi dengan awak," kata warga maya itu.

Seorang lagi netizen juga menekankan yang perkahwinan bukan perkara main-main dan perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya.

"Marriage is not about just getting married. Ada banyak faktor-faktor lain such as tanggungjawab, keluarga kedua-dua belah pihak dan banyak lagi.

"Ia bukan perkara yang kita boleh buat semalaman. Take your time. Don't rush.

"Kenal betul-betul pasangan walaupun seberapa lama masa yang diperlukan.

"Lebih baik macam itu daripada menangis sebab hati tak gembira, suami dingin dan sepi dalam perkahwinan," kata warga maya tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain