BAKAL pengantin baharu pasti teruja dan gemuruh ketika menantikan hari bahagia yang bakal menjelma. Di sebalik kesibukan menguruskan segala persiapan untuk majlis, perasaan berdebar-debar juga muncul kerana pertama kali melangkah ke alam perkahwinan selain fikiran turut bercelaru memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul. Begitulah yang dialami seorang bakal pengantin yang dikenali sebagai Ayie. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi video tular baru-baru ini, keletahnya yang tersalah tarikh untuk akad nikah mencuit hati warganet. Mana tidaknya, dia bukan sahaja lengkap menyarungkan baju Melayu berwarna putih bersama samping dan bersongkok, malah hampir keluar rumah untuk ke lokasi pernikahan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘lari’, majlis kahwin bertukar doa selamat! Duda kacak reda ditinggal kali kedua, kasihan si kecil tunggu ‘mak baharu’ tak kunjung tiba ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak nikah tahun kelima, dia minta tunggu” - Pengantin lelaki sebak... selepas 10 tahun sabar, kekasih kini jadi isteri Pun begitu, langkahnya terhenti selepas mengetahui dia tersalah tarikh. Bercerita mengenai kejadian mencuit hati itu kepada mStar, kakak keduanya yang ingin dikenali sebagai Liz berkata, dia terkejut melihat adiknya siap berbusana baju Melayu putih pada Isnin lalu. Semasa majlis pertunangan Ayie. Walhal katanya, majlis akad nikad dijadualkan pada Jumaat ini, 30 Disember. Ujarnya, momen lucu itu berlaku pada malam Isnin lalu, usai mereka sekeluarga solat Maghrib. Dia punya nervous sampai terlupa tarikh sebenar. Mahu tidur berdiri kau dik, tak sabar hari menikah. NETIZEN Tiba-tiba Ayie yang juga anak bongsu mengenakan busana dan sambil berjalan keluar, dia bertanyakan kenapa ahli keluarga lain belum bersiap untuk pergi ke majlis pernikahannya. Disebabkan itu Liz menyatakan bahawa belum masanya lagi untuk dia menikah. “Melihatkan dia lengkap berbaju Melayu, saya terus ambil telefon merakam aksi dia kerana momen tu menarik. Ayie bersama anak saudaranya. “Tapi sebenarnya memang Ayie sering mencuba baju nikahnya itu... mungkin sebab teruja nak mendirikan rumah tangga. “Masa saya rekod tu, dia masih lagi bertanya sama ada dia kelihatan hensem atau tidak... Ayie ni juga memang ‘kaki suka try baju’ sedangkan perangai macam tu orang perempuan saja buat,” ujarnya ketika dihubungi mStar. Tambahnya, disebabkan sikap Ayie, 26, yang gemar bergurau dan menghiburkan, dia sengaja mengusik adiknya yang sudah beberapa kali mencuba baju nikah berkenaan. Menurut anak jati Bota, Perak itu lagi, majlis adiknya akan berlangsung pada jam 2 petang Jumaat ini. Video yang dimuat naik di halaman TikTok itu kemudiannya tular dan ditonton lebih 770,000 pelayar. Antara komen netizen di TikTok. Menyusuri ruangan komen, rata-rata warganet turut berjenaka melihatkan aksi bersahaja Ayie yang dikatakan tidak sabar untuk menempuh alam perkahwinan. “Tak sabar nak halalkan bidadari ya. “Jauh beza hari Isnin dengan Jumaat... sabar dik. “Nikah Jumaat, Isnin dah gelabah member. Nanti update hari kejadiannya. “Dia punya nervous sampai terlupa tarikh sebenar. Mahu tidur berdiri kau dik, tak sabar hari menikah,” ujar beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI