suria

Lelaki kalau dah senang cepat lupa diri, mula nak curang... Netizen minta perempuan berhenti ‘melabur’, jangan manjakan dengan duit

Lelaki cenderung untuk meninggalkan wanita yang sanggup berbelanja untuknya.

SELAIN rupa paras yang menawan, wanita berkerjaya dan 'poket tebal' juga menjadi tarikan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

Namun dek kerana perubahan zaman, perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik lebih-lebih lagi jika bertemu wanita yang ikhlas menerima lelaki tak sekufu.

Umpama putaran 360 darjah, wanita masa kini bukan sahaja lebih berdikari malah tidak mengharapkan duit lelaki sebaliknya sanggup berbelanja untuk pasangan.

Ciapan asal yang dibuat oleh Siti Jamil mengundang perhatian netizen.

Ciapan asal yang dibuat oleh Siti Jamil mengundang perhatian netizen.

Seperti yang dikongsikan individu bernama Siti Jamil, dia mengakui ramai perempuan sudah tidak kisah jika mempunyai pasangan yang kurang daripada segi kewangan.

"Ramai saya jumpa perempuan yang berduit ni tak kisah pasangan dia tak berduit macam dia.

"Setiap kali keluar nak makan apa... perempuan bayar, nak beli apa perempuan bayar. Jenis tak berkira duit dengan pasangan, susah senang bersama," luahnya ringkas di laman Twitter.

Pun begitu, katanya meskipun kesemua kemahuan pasangan dituruti, golongan wanita seperti itu sering menjadi mangsa lelaki curang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih untuk curang selepas 20 tahun kahwin, miliki 8 orang anak... Pendakwah nasihat hati-hati bergaul takut berakhir malapetaka

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

"Sepatutnya hargailah perempuan yang sanggup terima kita daripada tak ada apa ni, bukan apabila dah kerja atau berjaya... test market dengan orang lain.

"Ingat perempuan yang kita curang tu ikhlas nak kita? Cuba masa kita tak berduit dahulu... dia terima?

"Kebanyakan suka kacau hubugan orang sebab dia nak lelaki yang stabil, ada duit. Manusia macam ini memang sangat jahat, sanggup kacau hubungan orang," ciapnya lagi.

Kebanyakan wanita yang sanggup berbelanja untuk lelaki menjadi mangsa kecurangan. - Gambar hiasan

Kebanyakan wanita yang sanggup berbelanja untuk lelaki menjadi mangsa kecurangan. - Gambar hiasan

Malah Siti Jamil turut menyifatkan lelaki seumpama itu sebagai insan tidak berguna kerana sanggup melayan dan mempermainkan perasaan wanita yang ikhlas dengannya.

Luahan yang dibuatnya itu mendapat perhatian warganet sehingga mencapai lebih 571,000 pelayar Twitter selain turut dikongsikan di beberapa platform media sosial yang lain.

Ciapan yang dibuatnya itu dipercayai merujuk kepada satu video tular yang memaparkan seorang lelaki 'kantoi' berlaku curang terhadap tunangnya apabila dia ditangkap bersekedudukan dengan wanita lain di rumahnya.

Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan selain menyifatkan lelaki yang tidak 'melabur' cenderung untuk lupa diri.

"Curang sebab lelaki tu zero cost to invest. Selepas itu, mula lupa diri.

Kalau dah semua perempuan bayar mana tak curangnya lelaki tu, dah sah-sah dia tahu senang nak pergunakan.

NETIZEN

"Jenis tak reti bersyukur dan tak reti hargai orang, memang macam ni... elok pijak tengkok.

"Tak reti bersyukur begitulah... keluar date pun nak split bill, minyak kereta suruh girlfriend bayarkan. Tak kisah handsome atau tak kalau perangai hauk (tak elok), hauk jugalah. Sebab itu jangan tanya kenapa perempuan suka berdikari sendiri siap ada macam-macam tanpa lelaki yang support," ujar segelintir netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga individu yang lantang menyatakan hanya perempuan bodoh yang sanggup berhabis untuk lelaki seperti diperkatakan Siti Jamil.

"Kalau dah semua perempuan bayar mana tak curangnya lelaki tu, dah sah-sah dia tahu senang nak pergunakan. Jangan jadi bodoh sampai labur semuanya untuk lelaki," katanya.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman pernah melalui situasi sama dan akhirnya ditinggalkan oleh pasangan.

Warganet turut memberi pandangan masing-masing.

Warganet turut memberi pandangan masing-masing.

Pun begitu, mereka mengakui berasa fobia dan serik 'melabur' selain berubah menjadi wanita yang gemar meminta-minta.

Malah tanpa diduga, pasangan yang tidak pernah dimanjakan dengan duit itulah yang kekal menjadi suami.

"Past relationships, I’m this kind of girl. Tak kisah pay for food, belikan hadiah, tak pernah minta apa-apa (tapi) kena tinggal. So the last person I met, I played damsel... tunggu pintu dibukakan, tak pernah keluarkan purse, minta bunga, minta skincare dan tiba-tiba dia ajak kahwin.

"Ex aku tak sedar diri, banyak juga duit aku habis penat nak tunggu berubah tak dihargai... sebab tu bila cari bakal lagi, aku dah kurang guna duit aku sebab fobia," luah beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain