suria

Netizen berdebat punca Lembah Bujang tak popular, sebabnya orang Malaysia tak minat - “Tau nak makan Nasi Lemak Royale saja”

Populariti Lembah Bujang dibandingkan dengan Angkor Wat.

MALAYSIA mempunyai banyak destinasi menarik untuk diterokai disebabkan keunikan bentuk muka bumi selain memiliki kepelbagaian biodiversiti yang sering menjadi pilihan percutian pelancong asing.

Tidak kurang juga peninggalan monumen bersejarah yang berusia ribuan tahun dan kekal terpelihara sehingga menjadi tarikan utama dalam sektor pelancongan negara.

Pun begitu, jika dibandingkan dengan negara luar seperti Thailand dan Kemboja, lokasi-lokasi bersejarah di Malaysia tidaklah popular meskipun kawasannya jauh lebih besar dan lama.

Seperti yang disuarakan seorang pelayar Twitter, Hezeri Samsuri, Angkor Wat yang terletak di Kemboja lebih terkenal berbanding Lembah Bujang di Kedah, sehinggakan menjadi lokasi rakaman filem Lara Croft: Tomb Raider.

Ciapan asal yang dibuat Hezeri Samsuri.

Ciapan asal yang dibuat Hezeri Samsuri.

“Lembah Bujang di Merbok, Kedah adalah sebesar 1,000 kilometer (km) persegi, jauh lagi besar daripada Angkor Wat.

It is also older - at least 1,900 years old. 50 candi dah dijumpai dan dipercayai ada banyak lagi tertimbus. Awat (kenapa) Angkor Wat lagi glamour sampai Lara Croft pun mai?” ajunya menerusi ciapan di laman Twitter.

Perkongsiannya itu kemudian menjadi tular dan dicapai lebih 252,000 pelayar Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Waspada sebelum terkena! Percutian ke Seoul bertukar ‘tragedi’, 4 sekawan jadi ‘homeless’ 3 hari gagal jawab soalan pelik imigresen

ARTIKEL BERKAITAN: Dari bandar ke pedalaman! Guru terkejut ‘mi goreng 4 pagi’ buat murid bersorak, anak petani hadiahkan timun segar

Rata-ratanya mula berdebat dan menzahirkan pandangan masing-masing tentang persoalan yang dikemukakan itu.

Ada yang merasakan monumen atau lokasi bersejarah itu terpinggir disebabkan tiada promosi selain minat pelancong tempatan sendiri yang lebih cenderung kepada tarikan lain seperti makanan.

“Tapak arkeologi Sungai Batu Merbok pun tersimpan banyak khazanah ilmu tapi macam biasa negara kita... mai (datang) Kedah tau (nak makan) nasi lemak royale saja.

Dah pernah pergi (Lembah Bujang)... banyak runtuhan candi-candi kecil saja.

NETIZEN

“Entahlah. Negara kita tak pandai nak bangunkan, jaga dan promote benda-benda macam ni. Sedangkan kalau oversea, pintu atau batu apa-apa pun boleh jadi tempat lawatan,” ujar sekumpulan netizen.

Sesetengah yang lain mengaitkan isu agama berikutan Lembah Bujang adalah bukti kedatangan agama Hindu di Tanah Melayu sebelum Islam.

“Sebab Lembah Bujang membuktikan bahawa agama Hindu sampai paling awal di Tanah Melayu.

Angkor Wat masih mempunyai pelbagai binaan candi dan kuil.

Angkor Wat masih mempunyai pelbagai binaan candi dan kuil.

“Orang Malaysia ni tak suka jaga benda sejarah. Istana-istana dan masjid-masjid lama pun tak jaga.

“Mungkin sebab ia berkait agama, akidah, kepercayaan jadinya ada kekangan. Mungkin yang patut usahakan benda ni ialah penganut Hindu sendiri, bawa proposal pada kerajaan dan sebagainya.

Several candi sites dah dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan ‘pembangunan’ di Lembah Bujang,” luah beberapa netizen.

Sementara itu tidak kurang juga membandingkan struktur binaan Lembah Bujang dan Angkor Wat yang mempunyai pelbagai binaan bersaiz besar.

Warganet memberi pandangan masing-masing berhubung isu yang diutarakan Hezeri Samsuri.

Warganet memberi pandangan masing-masing berhubung isu yang diutarakan Hezeri Samsuri.

“Dah pernah pergi (Lembah Bujang)... banyak runtuhan candi-candi kecil saja. Tak sebesar gah macam Angkor Wat dan Borobodur (di Indonesia), sebab tu ramai tak minat.

“Angkor Wat diiktiraf sebagai tempat pelancongan nasional di di Kemboja, manakala ramai di antara kita tak ingat Lembah Bujang diberikan kredit dan pengiktirafan yang sama.

“Sebab Angkor Wat retain, maintain dan rebuild parts yang dah runtuh sampai jadi macam ni.

“Pernah datang sini tahun 2015. Jauh beza dengan Angkor Wat tu... Angkor Wat banyak betul kuil, candi, patung dan sebagainya, dan terserlah kesan sejarah semua.

“Lembah Bujang? Satu apa pun tak nampak kecuali tapak candi dan sebuah muzium kecil,” jelas segelintir warganet yang pernah melewati kedua-dua kawasan peninggalan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain