suria

[V] Buaya air masin melintas depan mata, kaki pancing ‘gigit jari’ umpan tak mengena... - “Dia makan semua... besar!”

Video pemancing yang melihat kelibat buaya di laut tular di Twitter.

AKHIR-AKHIR ini banyak kisah penemuan buaya dilaporkan di negara kita, sekali gus menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai.

Selepas kes kanak-kanak maut dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah pada awal Disember, reptilia itu turut dilihat melintasi sebuah jalan di Kuantan, Pahang ketika banjir melanda dua minggu lalu.

Kali ini, satu lagi rakaman tular memaparkan pemancing yang berdepan dengan haiwan pemangsa itu di sebuah pantai hingga mengundang perhatian netizen di media sosial.

Dalam video itu, seorang pemancing ditemani rakannya sedang berjalan ke arah joran mereka di tepi pantai sebelum seekor buaya dilihat berenang dekat dengan gigi air.

"Patut ikan semua tak ada, dia makan semua... besar," ujar lelaki yang membuat rakaman video itu.

Video yang meraih lebih setengah juta tontonan itu tidak dinyatakan lokasi sebenar ia dirakam.

Pesan anak-anak jangan mandi di pantai, terutama Pantai Klebang dan PD (Port Dickson).

PEMILIK VIDEO

Namun, akaun Twitter yang berkongsi video itu sempat memberi pesanan kepada orang ramai agar menjauhi Pantai Klebang serta Port Dickson yang dikatakan menjadi sarang pembiakan buaya.

"Pesan anak-anak jangan mandi di pantai, terutama Pantai Klebang dan PD (Port Dickson). Buaya beranak-pinak di situ," tulis @jaksrmd menerusi video yang meraih lebih setengah juta tontonan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa gerun sekiranya mereka bakal berdepan dengan haiwan itu ketika berkunjung ke kawasan pantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bomba tangkap buaya sepanjang 4.57 meter sesat tengah jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba selamatkan tapi tak berdaya! Tragis bapa cuma mampu lihat anak ‘diratah’ buaya, perakam macam tak rasa simpati

Malah, mereka turut saling berpesan agar semua pengunjung pantai berhati-hati bagi mengelakkan kejadian malang terjadi.

"Kalau saiz macam tu, bukan pesan kat anak-anak je, mak bapa pun harus dipesan untuk berhati-hati.

"Macam makin banyak je. Risau betul budak-budak main tepi pantai.

buaya2

Seekor buaya muncul ketika Kuantan dilanda banjir, dua minggu lalu.

"Buaya kat PD tak kacau orang. Buaya ni memang ada kat PD. Kalau tempat ramai dia tak munculkan diri. Tanya geng-geng kayak. Dia selalu jumpa.

"Bayangkan pergi pantai nak healing, sekali 'healang' (hilang) kena ngap buaya," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain