NAK marah pun tak guna sebab perkara telah terjadi, demikian perasaan wanita ini yang berkongsi tentang berus solekannya digunakan untuk mengecat pintu rumah. Ketika dihubungi mStar, Norsabrina Sabri, 33, yang menetap di Prima Beruntung, Rawang berkata kejadian berlaku pada 22 Disember ketika dia sedang membersihkan rumah bersama anaknya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Segalanya bermula apabila suaminya, Mohd Nazri, 42, mengajak anak perempuannya, Nurhasya Irdina, 14, untuk mengecat semula pintu rumah mereka supaya ia menjadi lebih berkilat. Sabrina (kiri) bersama suami dan anaknya. Disebabkan mereka melakukan kerja-kerja mengecat pada waktu malam, Sabrina berkata suaminya malas untuk ke kedai bagi membeli berus. Kemudian, lelaki itu bagai mendapat 'idea' apabila meminta anaknya mengambil berus solek Sabrina kerana mengetahui isterinya mempunyai banyak koleksi berus solekan. Pada awalnya, Sabrina yang bekerja sebagai pengasuh sempat memesan kepada anaknya supaya tidak mengambil berus berjenama kerana harganya mahal. ARTIKEL BERKAITAN: Umur 6 tahun dah tunjuk bakat mekap, ibu berhenti marah anak main gincu, bedak selepas tengok hasilnya... rela wajah jadi ‘kanvas’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suri rumah tak tidur malam musim Piala Dunia, tapi bukan tengok bola! Rupanya asyik buat mekap tema bendera "Ketika saya sedang melayan anak asuhan, saya toleh ke arah suami, dan lihat dia telah celup berus mekap keluaran jurusolek (MUA) Bellaz saya. "Tak terkata apa dah saya waktu itu, mampu menjerit dan kemudian merenung sahaja apa yang berlaku," ujarnya. Sabrina berkata apabila dia menjerit terkejut melihat berusnya digunakan, anak dan suaminya hanya ketawa dan memberi alasan berus tersebut boleh dicuci selepas digunakan. Ruang solek dan alat kosmetik milik Sabrina. Menurut sabrina, set berus mekap yang berharga lebih RM150 itu hanya pernah digunakan beberapa kali sebelum ini, dan dia juga menyimpannya dengan rapi di dalam kotak serta plastik asal selama setahun. Ditanya tentang keadaan berus solekannya itu sekarang, dia berkata ia telah dibuang akibat rosak dicelup cat minyak. "Saya sendiri tak tahu perasaan saya apabila melihat berus mekap tersebut digunakan untuk cat pintu rumah. Saya juga hanya tergelak melihat suami mengejek saya. "Suami dan anak saya sejenis 'tak makan saman' punya orang, saya bebel pun mereka hanya ketawa sahaja," ujarnya. Sabrina berkata dia sangat berminat bersolek dan pernah menawarkan servis mekap kecil-kecilan kepada kenalannya untuk majlis nikah dan tunang. Jurusolek Bellaz (@muabellaz di Instagram) juga merupakan antara sebab Sabrina semakin meminati bidang solekan, kerana menurutnya, skil mekapnya semakin baik hasil melihat tutorial yang dikongsi oleh ‘influencer’ tersebut. "Minta ganti? Mimpi sahajalah yang saya mampu. Minta ganti berus pasar malam pun belum tentu dilayan suami," ujarnya apabila ditanya sama ada berusnya akan diganti atau tidak. Antara komen netizen di TikTok. Ramai netizen terhibur melihat gelagat suami dan anak tersebut selamba mengecat pintu rumah menggunakan berus mekapnya. "Bertambah cantiklah pintu itu, cat pakai berus mekap. "Macam bapa saya, celak mata saya digunakan untuk tanda papan lapis. Saya sabar sahaja. "Kes pertama berus kayangan buat cat pintu. Terus naik harga pintu itu. "Wah, saya nak beli pun tak dapat sampai hari ini, mereka dengan selamba sahaja guna untuk cat pintu. "Dua-dua suruh tidur luar depan pintu, jangan biarkan! Pertempuran pasti ada, kita pula pedih tengok berus itu ditonyoh cat pintu," demikian antara komen netizen di TikTok. Sabrina juga seorang peniaga yang aktif menjual produk emas 916 di platfrom media sosial dengan menggunakan akaun bisnesnya iaitu MamaSabrina_Empire. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI