suria

Wanita dedah bahaya ayat sedapkan hati “everything's gonna be OK”! Isu boleh selesai jadi lebih teruk sebab asyik fikir positif

'Toxic positivity' hanya menutup isu itu dari luaran dan tidak menyelesaikannya di akar umbi.

BUANG yang keruh, ambil yang jernih.

Manusia dari pelbagai latar belakang, juga mempunyai banyak ragam sebenarnya mampu mengajar seseorang itu mengenai rencah kehidupan.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nani Roslan berkongsikan perbualannya bersama rakan yang disifatkan sebagai 'toxic positivity'.

Nani sedang berbual bersama rakan sepejabatnya ketika dia menyedari tentang sifat 'toxic positivity'. -Gambar hiasan

'Toxic positivity' bermaksud memaksa diri untuk berfikiran positif walaupun kesedihan atau kerisauan sedang bersarang di hati.

"Beberapa tahun lalu, ada seorang rakan pejabat yang lebih tua dari saya, dia datang dekat saya dan beritahu kerisauan dia.

"Dia beritahu yang dia risau sebab anaknya masih belum pandai bercakap manakala anak-anak orang lain yang sebaya dah petah berbicara.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gadis meraung mak ayah hantar balik kolej, tak tahan hidup dengan rakan toksik - “Mereka kata saya gila populariti”

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan kerja toksik! ‘Budak baru’ hantar surat resign 3 kali dalam tempoh 5 bulan kerja, penyakit kemurungan datang semula

"Saya sedikit pelik kenapa dia datang tanya saya sedangkan saya ni masih bujang dan tak ada anak, saya tak tahu apa-apa tentang perkara ni," ujar Nani.

Nani bagaimanapun mempunyai gerak hati dan menganggap rakan sepejabatnya itu sedang mencari seseorang untuk bercerita dan yang boleh sependapat dengan dirinya.

"Dia tengah cari validation sebenarnya. Saya yakin dia dah bawa isu anak dia ni dekat kawan-kawan atau keluarga dia, tapi mungkin mereka ambil remeh kerisauan dia tu.

"Mungkin mereka cakap jangan compare, anak-anak ada pace masing-masing. Nanti lama-lama okay la... tu dia berborak macam biasa.

Toxic positivity ni dalam bahasa mudah bercakap nak bagi sedapkan hati je walaupun isu tu exist dan legit.

NETIZEN

"Jadi saya cuba approach cara lain. Saya validate perasaan dia. Saya cakap saya bersetuju dengan kerisauan dia tentang anak dia," ujar Nani yang cuba merungkai isi hati rakannya itu.

Ternyata gerak hati Nani terbukti benar apabila rakannya dilihat lega apabila ada seseorang yang boleh memahaminya.

"Mata dia terus bersinar-sinar. Bebanan dekat bahu dia macam dah diangkat. Dia cakap thank God akhirnya ada juga orang yang faham.

"Saya kemudian tanya dia apa yang dia nak buat lepas ni? Dia cakap dia pun tak tahu. Lepas tu dia pula yang tanya saya untuk pendapat.

'Toxic positivity' boleh menyebabkan seseorang itu mengambil ringan isu yang sedang dihadapinya. -Gambar hiasan

"Bila dah dapat green light baru saya akan bagi pendapat saya. Disebabkan saya ni bukan seorang pakar, saya nasihat dia untuk pergi jumpa doktor atau mereka yang berpengetahuan dalam bidang ni.

"Tanya mereka perkembangan standard kanak-kanak macam mana. Mungkin anak orang lain tu yang terlebih genius dan anak awak biasa je. Apa-apa pun pergi la check," nasihat Nani kepada rakannya.

Kini apabila Nani sudah mempunyai cahaya mata dan mengimbas semula detik itu, Nani berasakan tindakannya dulu adalah tepat.

"Saya cakap Alhamdulillah saya beritahu kawan saya macam itu. Saya tak nak jadi sebab yang menghalang seorang mak itu dari mengambil tindakan yang terbaik untuk anaknya.

Sebilangan komen warga maya.

"Itu bahayanya toxic positivity. Kalau kita asyik cakap everything's gonna be OK tentang sesuatu isu, ia tak akan selesaikan apa-apa.

"Masalah itu akan masih ada di situ. Kita kena address isu tu terus sebelum terlambat. Jangan spread toxic positivity terutamanya kepada young moms," kata Nani mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga baru sedar tentang bahaya 'toxic positivity'.

"Sebab nak avoid toxic positivity ni la aku banyak diam bila dengar orang bercerita.

"Toxic positivity ni dalam bahasa mudah bercakap nak bagi sedapkan hati je walaupun isu tu exist dan legit.

"Saya pun baru hantar anak saya untuk medical checkup, rupa-rupanya ada mild dyslexia. Orang asyik cakap tak ada apa tu, nanti okay la," ujar sebilangan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain