suria

Ambil cuti atas alasan nak healing sebab gaduh dengan GF, betul ke Gen Z lemah? - “Nak minta AL dengan bos pun takut”

Kisah seorang lelaki Gen Z yang meminta cuti atas alasan bergaduh dengan kekasih mengundang perhatian netizen. Gambar hiasan

SETINGGI mana pun dedikasi dan komited terhadap kerja, kita tidak dapat mengelak daripada mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit.

Mereka yang terpaksa mengambil cuti berkenaan juga perlu mengemukakan surat doktor atau dokumen berkaitan sebagai bukti kepada pihak majikan.

Namun perkongsian seorang pelayar media sosial mengenai alasan seorang rakan sekerjanya yang mengambil cuti, benar-benar 'luar biasa'.

"OMG a Gen Z colleague of mine just texted to say he is taking the day off cos he fought with his GF last night and needs some 'time to heal. (Oh Tuhan, seorang rakan sekerja Gen Z baru sahaja menghantar mesej memberitahu dia ambil cuti kerana bergaduh dengan teman wanitanya malam tadi dan memerlukan sedikit 'masa untuk sembuh')," kongsinya dalam satu ciapan di Twitter.

kekasih

Segelintir netizen menyindir individu berkenaan kerana berani memberikan alasan yang remeh.

Ciapan tersebut mengundang perhatian netizen dan meraih pelbagai reaksi, dengan rata-ratanya menyindir tindakan rakan sekerja individu berkenaan kerana memberikan alasan yang sangat remeh dan mungkin juga terlalu 'berani'.

"Nak minta AL (cuti tahunan) dengan bos pun takut. Inikan pula nak beri alasan macam ni.

"Saya takkan berani buat macam ni kalau malam itu bergaduh macam perang dunia ke-3 dengan suami.

"Tunggulah apabila pasukan bola sepak kegemarannya kalah," sindir mereka.

Pengalaman sendiri, ditinggalkan pada hari Jumaat, 35 hari sebelum majlis pernikahan, datang kerja macam biasa pada Isnin.

NETIZEN

Malah sebilangan daripada netizen turut membuat perbandingan kisah masing-masing yang hampir serupa malah jauh lebih teruk, namun masih tidak terlintas mahu mengambil cuti atas alasan mahu 'healing'.

"Putus tunang, esoknya datang kerja juga.

"Pengalaman sendiri, ditinggalkan pada hari Jumaat, 35 hari sebelum majlis pernikahan, datang kerja macam biasa pada Isnin.

"Pernah lalui episod patah hati lama dahulu tapi masih pura-pura mampu bekerja.... tapi yang ini?" demikian antara komen netizen.

Namun, ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan pendapat berkenaan dan menyifatkan adalah tidak wajar 'pukul rata' apabila ciapan berkenaan dikaitkan dengan Gen Z.

healing 2

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian ciapan tersebut.

Malah ada juga yang mempertahankan tindakan individu berkenaan yang mungkin terpaksa mengambil cuti demi kesihatan mentalnya selepas bergaduh dengan pasangan.

"Nampaknya anda mempunyai kesihatan mental yang sangat kuat. Saya harap Tuhan akan menguji mental anda suatu hari nanti atau mungkin keluarga dan anak-anak anda. Harap mereka tidak memerlukan 'masa untuk sembuh' kerana ia sangat tidak profesional, bukan?" komen seorang pelayar.

Sekadar maklumat tambahan, Gen Z atau Generasi Z merupakan generasi penerus selepas generasi milenial (Gen Y).

Mereka yang dikategorikan dalam Gen Z lahir dalam pada tahun 1995 sehingga tahun 2012, dan sering kali dirujuk sebagai generasi yang terlalu bergantung kepada gajet, mempunyai karakter yang dianggap 'manja' atau jauh berbeza dengan generasi sebelumnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain