BULAT air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kemanisan hidup berjiran perlu diwujudkan dalam diri setiap penduduk yang tinggal di kawasan perumahan. Begitulah prinsip yang dipegang lelaki ini yang mempunyai hubungan akrab dengan jirannya berbangsa India. Ciapan asal di laman Twitter. Melalui satu ciapan tular di Twitter, jejaka yang senang disapa sebagai Ayien ini dilihat bergambar dengan jirannya, aunty Jessie sebagai kenang-kenangan kerana kontrak sewa parkirnya sudah tamat. "Meet this lovely aunty Jessie, aku sewa parking dengan anak aunty ni yang duduk oversea. "Hujung bulan 12 tahun lepas dah tamat kontrak parking dengan dia. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hasrat bantu ibu buat COD bertukar tragedi, anak digigit anjing jiran... Tapi tak minta maaf, siap cakap sekadar bergurau! ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya tak boleh tahan tengok” - Penjual popis seru pelanggannya beli dari kedai jiran sebab kesian jualan tak laku "Jadi aku decide untuk beli simple gift pada aunty Jessie as new year gift," kata Ayien dalam satu ciapan. Bagi anak aunty Jessie, apabila mengetahui mengenai perkara itu dia berasa sangat terharu dan terus menghubungi Ayien melalui platform media sosial. "Cair hati saya dan saya rasa sangat terhutang budi bila tengok awak belikan hadiah untuk dia sempena New Year. "Mak saya memang duduk seorang je untuk New Year ni sebab saya tak dapat balik. "Terima kasih sangat-sangat, kami memang tak harapkan apa-apa tapi awak memang sangat baik hati," kata wanita tersebut. Ehem rumah Aunty Jessie di mana? Saya memang tak boleh tolak masakan seorang ibu ni. NETIZEN Ayien seterusnya menceritakan bagaimana dirinya mempunyai tempat yang istimewa di hati aunty Jessie memandangkan ibunya sendiri telah meninggal dunia hampir dua tahun lalu. "Saya anggap hadiah yang saya berikan untuk aunty Jessie ni macam saya berikan untuk arwah mak saya sendiri," kata Ayien. Budi baik dibalas baik, anak aunty Jessie kemudiannya mengajak Ayien untuk pergi ke rumahnya dan merasai masakan air tangan ibunya. "Saya sangat bersimpati atas pemergian ibu awak. Saya sekarang sedang berada di United Kingdom. "Saya akan balik bulan depan. Terima kasih sangat sebab buat aunty Jessie gembira. Ayien gembira tidak terkata kerana ditawarkan juadah kari kepala ikan. "Kalau ada kelapangan masa, datanglah ke rumah kami, aunty Jessie mesti bersemangat nak masakkan untuk awak. Aunty Jessie pandai masak tau. "Cakap je awak nak makan apa," pelawa wanita itu kepada Ayien. Ayien pada mulanya menolak kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, tetapi wanita itu tetap bersemangat mengajaknya datang melawat. Selain itu, Ayien sendiri mengakui yang dia selalu menghidu bau masakan kari kepala ikan dari dapur Aunty Jessie sehingga membuatkannya terliur. Kini peluang yang ditunggu telah tiba untuk Ayien apabila Aunty Jessie sekeluarga mempelawanya untuk makan sekali di rumah mereka. "Tak susahkan pun, kami semua memang sangat suka memasak. Dan kami juga berbesar hati bila tahu awak suka makan. "Setiap kali kami memasak mesti kami akan masak lebih sebab kami ingat mungkin ada yang nak datang makan sekali. Kari kepala ikan sudah lama menjadi keinginan Ayien. -Gambar hiasan "Tapi tak ada siapa yang datang sebab rumah kami jauh. Aunty Jessie pun selalu sedih sebab tak ada siapa nak makan makanan dekat rumah. "Sekarang saya boleh cakap dekat dia tak perlu bersedih lagi sebab kita ada Ayien untuk tolong makan makanan kita," kata wanita itu berseloroh. Wanita itu kemudian sekali lagi menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ayien kerana menggembirakan hati ibunya. Melalui ciapan itu, Ayien menekankan manfaat berbuat kebaikan kerana kebaikan akan datang semula kepada kita. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya rata-rata memuji budi pekerti mulia yang ditonjolkan oleh Ayien. Netizen juga berselera mendengar tawaran yang diterima Ayien. "Ini contoh rakyat Malaysia yang kita mahukan. Memang respect sama kamu. Happy New Year. "Sangat baik hati awak. Boleh jadi role model untuk kita semua. "Terima kasih kerana menjadi seorang jiran yang baik. Inilah suasana harmoni jiran tetangga yang kita mahukan," kata sebilangan netizen. Seorang pelayar juga sempat bergurau dengan bertanyakan di mana terletaknya rumah aunty Jessie kerana dia mahu turut serta menjamu selera. "Ehem rumah Aunty Jessie di mana? Saya memang tak boleh tolak masakan seorang ibu ni," kata warga maya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI