suria

Beras kita beli! Pemuda ‘bakhil’ hasut golongan suami jangan manjakan isteri bab duit, ramai ‘minta simpang’ lelaki jenis ni dalam keluarga

Komen seorang lelaki yang seolah-olah menghasut suami lain menggunakan kuasa veto dalam rumah tangga. Gambar hiasan

BERAS kita beli!

Mungkin itulah frasa sesuai bagi menggambarkan sikap lelaki yang mengaplikasikan 'kuasa veto' sebagai seorang suami dalam rumah tangganya.

Lelaki tersebut melontarkan pandangannya menerusi ruangan komen kepada satu perkongsian di Facebook, yang kemudian sempat ditangkap layar (screenshoot) oleh seorang pelayar lain sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Dalam komen tersebut, lelaki berkenaan dengan angkuhnya mengakui tidak memberikan wang perbelanjaan bulanan kepada isterinya atas alasan semua kelengkapan rumah sudahpun disediakan olehnya.

"Saya sendiri tak beri duit tunai dekat bini secara bulanan, sebab rumah saya bina, pakaian bini dan anak-anak saya belikan, makan minum saya sediakan.

"Kemudahan bini buat kerja rumah seperti mesin basuh, mesin penyedut hampagas, periuk elektrik, cerek elektrik, pengisar elektrik, dan macam-macam alat lagi saya dah sediakan.

KEDEKUT 1

Komen lelaki ini menjadi tular di media sosial.

"Jadi jangan harap saya nak beri duit secara bulanan walaupun 10 sen sebulan sekali pun, ikut suka saya nak berikan 5 sen ka, 10 sen ka, RM1 ka, jika tiba-tiba terasa nak bagi duit kat bini, bersyukurlah," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak beri nafkah, suami ‘guna’ isteri kerja kerajaan buat loan beli superbike... tukang proses permohonan terkejut tengok gambar mesra dengan awek lain!

ARTIKEL BERKAITAN: Belum setahun kahwin, suami mahu semua belanja rumah bayar separuh... bila minta nafkah, alasannya dah sediakan keperluan asas

Dalam ruangan komen yang sama, lelaki tersebut turut berpesan kepada para suami lain agar tidak sewenang-wenangnya memberikan wang belanja kepada isteri masing-masing.

"Kepada lelaki, jika nak beri duit kepada bini, buat akaun bank dan berilah RM50 ka, RM10 ka, RM5 sebulan, tapi kawal akaun bini.

"Bini tak boleh belanja suka hati, ia simpanan untuk bini untuk masa kecemasan.

Kalau dah kedekut sangat tak payah ada bini. Duduk je sorang, jaga diri sendiri.

NETIZEN

"Jangan dok ikut sangat kerenah bini, sebagai laki, berkuasa penuh dalam keluarga, sebab laki yang menyara keluarga, ketegasan laki menjamin keluarga bahagia apabila bini dan anak-anak dengar cakap laki dan bapa," tambahnya lagi.

Komen tersebut yang dikongsikan di laman Facebook Borak Daily sehingga kini meraih 280 shares.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan kecaman kepada lelaki berkenaan yang sama sekali tidak mencerminkan ketokohan dan ciri-ciri seorang suami yang bertanggungjawab.

KOMEN 1

Rata-rata netizen mengecam pandangan lelaki berkenaan.

"Kalau dah kedekut sangat tak payah ada bini. Duduk je sorang, jaga diri sendiri.

"Kebahagiaan isteri salah satu magnet rezeki suami selain doa ibunya. Berkira dengan isteri, Allah pun berkira-kira nak bagi rezeki pada suami.

"Minta dijauhi lelaki berperangai begini dan harap janganlah ada lelaki begini dalam keluarga saya di masa depan.

"Kesiannya isteri dan anak dapat suami dan ayah yang kedekut macam ni, dia lupa agaknya rezeki dia dapat tu sebenarnya dia cuma menumpang rezeki anak dan isterinya saja," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain