SOLAT Jumaat merupakan satu kewajipan untuk setiap lelaki yang beragama Islam yang cukup syaratnya. Namun begitu ada kalanya wujud kekangan yang menyebabkan seseorang mukmin itu sukar untuk menuruti tuntutan agama yang satu ini. Situasi itu sering berlaku kepada pengembara yang terkejar-kejar untuk menaiki pesawat di lapangan terbang. Ciapan asal di laman Twitter Namun begitu kini perkara berkenaan tidak sepatutnya menjadi alasan kerana tahukah anda bahawa terdapat ruang untuk jemaah menunaikan solat Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berdasarkan perkongsian di Twitter, semangnya terdapat 'masjid' tersembunyi di KLIA yang memudahkan orang Islam menunaikan kewajipan mereka kepada Pencipta. Dalam video yang dikongsikan oleh pelayar Twitter Le Osmie, ruang solat yang besar dan luas itu terletak di bahagian atas lot parkir KLIA. ARTIKEL BERKAITAN: Siang kerja bank, malam jadi gelandangan di masjid! Hari-hari perah keringat demi bayar hutang, gaji RM3,000 tak cukup ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah beg berat! Lelaki ini sanggup bawa bungkusan khas dari Malaysia demi beri makan kucing di Makkah, Madinah Perakam berjalan menyeberangi lot parkir sebelum menunjukkan sebuah papan tanda yang tertulis 'ruang solat terletak di lot parkir atas blok B'. "Ramai tak tahu kita boleh solat Jumaat di KLIA. Ruang solat ni terletak di rooftop parking B. "Naik ke tingkat 5 untuk ke sini," tulis perakam dalam video itu. Alhamdulillah ada masjid rupanya dekat KLIA, dulu selalu cari masjid sampai Salak Tinggi. NETIZEN Apabila sampai di ruang solat tersebut, dapat dilihat suasana yang mirip seperti di Madinah dengan payung kanvas putih memayungi jemaah yang sedang menunggu masuknya waktu solat. Selain itu, ruang solat ini juga berkonsepkan terbuka dan mempunyai pengudaraan yang baik memandangkan ia tidak mempunyai dinding di sekelilingnya. Walaupun lokasi di KLIA yang biasanya hanya menjadi tumpuan pelancong dan pelawat negara luar, ruang solat tersebut dilihat padat dengan jemaah dipercayai pekerja dan petugas lapangan terbang. Ruang kondusif yang lengkap berpenghawa dingin dan kipas siling serta beralaskan permaidani itu cukup untuk memastikan jemaah selesa ketika menunaikan solat Jumaat tanpa perlu bermandi peluh. Penghawa dingin lengkap disediakan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, dapat dilihat warga maya mengatakan ruang solat itu biasanya digunakan oleh petugas KLIA yang tidak mahu terkejar-kejar untuk ke masjid terdekat kerana mempunyai waktu berehat yang singkat. "Yes memang dah ada lama, cuma orang awam je ramai tak tahu. Pernah pergi majoriti yang solat orang kerja airport. "Senang mereka tak payah nak keluar pergi masjid KLIA," kata netizen itu. Netizen lain juga mengatakan mereka kagum dengan kemudahan yang disediakan tersebut dan tidak sabar untuk menggunakannya apabila bertandang ke sana kelak. Konsep masjid terbuka di bumbung lot parkir KLIA. "Haihh kenapa la baru tahu, tak ada la aku berebut tunggu giliran nak solat dekat surau KLIA, rupanya dekat atas tu ada ruang solat besar. "Alhamdulillah ada masjid rupanya dekat KLIA, dulu selalu cari masjid sampai Salak Tinggi. "Ohh yang ada payung putih besar dekat sebelah KLIA tu masjid rupanya, baru tahu, ingat ke apa benda tu selama ni," ujar sebilangan warga maya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI