suria

“Jangan cari pasal, emosi kami tak stabil” - Panas! Apa kes geng suami pun kena tempias kes Syamsul, Ira Kazar?

Antara hantaran netizen di media sosial selepas berita pengumuman pernikahan Syamsul dan Ira.

SPEKULASI serta teka-teki mengenai hubungan Syamsul Yusof dan Ira Kazar akhirnya terjawab selepas pengarah tersebut mengakui menikahi pelakon berkenaan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat petang.

Susulan pengakuan Syamsul, media sosial ‘meriah’ dengan perkongsian netizen di halaman masing-masing.

Ada yang mengemas kini hantaran (posting) dan ada juga yang mengemas kini 'stories' berkaitan berita mengejutkan itu.

Namun yang jelas, rata-rata netizen meluahkan rasa marah kepada Ira kerana menjalin kasih dengan lelaki berstatus suami orang sehingga rumah tangganya berantakan dan ada hati yang terluka.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam kecewa Syamsul tak bincang nikah Ira Kazar, harap tak abai tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan anak-anak

"Semoga jodoh I bukan laki orang. I tak sanggup dan tak mampu bayangkan macam mana I nak senyum or even makeup cantik-cantik dan tahu ada hati wanita lain yang hancur kerana I. Hancur satu keluarga, sebab I. Tak sanggup weh. Nauzubillah," ciapan seorang pengguna Twitter sehingga meraih lebih 5,000 ulang kicau.

SYAMSYL

Antara 'luahan' golongan suami di media sosial.

Tidak kurang juga, para netizen khususnya wanita 'menyerang' Syamsul kerana didakwa berlaku curang dan dianggap sebagai 'tidak gentleman' ekoran melangsungkan perkahwinan kedua dengan Ira.

Namun apa yang lucu, suami mereka tidak terkecuali terkena 'tempias' ekoran tindakan Syamsul.

"Buat para suami, jangan cuba-cuba cari pasal dengan isteri anda hari ini. Emosi kami sedang tidak stabil.

"Yang kahwinnya Syamsul. Tapi yang kena bebelnya, aku.

I tak sanggup dan tak mampu bayangkan macam mana I nak senyum or even makeup cantik-cantik dan tahu ada hati wanita lain yang hancur kerana I.

NETIZEN

"Instagram dan Facebook hari ini topik kahwin dekat Thailand, Syamsul Yusof dan Ira. Aku apa lagi, ambil bantal terus lelap," demikian antara perkongsian yang dimuat naik di laman sosial.

Sementara itu, laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia (PHM) dalam masa yang tidak ketinggalan membuat perkongsian di laman Facebook.

Sungguhpun membuat perkongsian 'curang dalam perhubungan, kesan kepada kesihatan mental' secara umum, namun menerusi komen, netizen menyifatkan hantaran tersebut ditujukan kepada pasangan berkenaan.

Posting berkenaan meraih lebih 1,600 shares dan ratusan komen.

CURANG

Infografik PHM mengenai isu kecurangan.

"Page ini pun tak nak kalah nampaknya.

"Min sentiasa up to date dengan isu semasa.

"Laju min. Betul-betul follow rapat perkembangan semasa," demikian antara komen netizen

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain