suria

“Anak ibu kuat, lahir dari rahim special” - Wanita ini dicipta unik! Selamat bersalin walau ada 2 uterus, 2 vagina dan 2 serviks

Nur Hasmidah berkongsi kisahnya yang dilahirkan dengan ciri istimewa, di aplikasi TikTok.

JIKA melihat daripada luaran, wanita ini sama sahaja seperti kaum Hawa yang lain.

Namun hakikatnya, Nur Hasmidah Hamzah, 32, ternyata unik kerana dilahirkan dengan ciri istimewa iaitu dua rahim, dua pangkal rahim (serviks) dan dua vagina.

Perkongsian Nur Hasmidah menerusi akaun TikTok miliknya, @idaaahamzah mengenai keistimewaan tersebut nyata menarik perhatian warga maya.

Menurut Nur Hasmidah, dia hanya mengetahui dirinya mempunyai dua rahim ketika berusia 26 tahun.

"Mula dapat tahu ada dua rahim masa umur 26. Belum berkahwin. Pertama kali pelik sebab period berlebihan selama tiga bulan non-stop.

rahim 1

Nur Hasmidah pertama kali mengetahui keadaan dirinya yang istimewa pada usia 26 tahun.

"Sebelum-sebelum tu memang datang (bulan) dua kali sebulan tapi tanya kawan-kawan memang ada yang macam tu. Jadi tak expect rahim saya abnormal," tulisnya pada video yang dikongsikan di TikTok.

Menurut wanita ini, dia tidak melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) lebih awal sehinggalah berkahwin dan kemudian disahkan hamil.

"Sebelum bersalin ada remind doktor, beritahu saya ada rahim berganda, tapi bila dah scan, tak boleh buat apa-apa dan tiada tindakan lanjut sebab baby dah besar. Salah saya sebab dari awal tak buat MRI.

Luar biasa Allah cipta awak, sis. Hebat betul ciptaan-Nya.

NETIZEN

"Baby pun dah penuh ruang rahim. Dalam pantang saya buat MRI, dan hasil yang mengejutkan. Baru tahu ada dua serviks, dua vagina. Sebelum itu tahu ada dua uterus (rahim) sahaja. Dan ada satu saja buah pinggang," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang rare! Dulu malu sekarang anggap diri unik, itulah gadis bertanda lahir ‘hidup’ pada wajah... warnanya berubah kalau kena air

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah diejek, ada kata conteng muka demi content... tapi gadis peminat Kpop ini tak kisah pun, mujur ada nenek ‘pakar motivasi’

Dalam video berasingan, Nur Hasmidah melahirkan kesyukuran kerana bayi sulungnya selamat dilahirkan, dengan berat 3.05 kilogram (kg).

"Inilah anak ibu yang sangat kuat. Lahir dari rahim ibu yang special. Tak pernah sangka ada kekurangan yang 'menguntungkan' ibu," kongsinya lagi sambil menambah, bayinya kini sudah berusia setahun lapan bulan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kehebatan wanita berkenaan yang tabah mendepani situasi, malah sudi berkongsi kisah uniknya untuk kesedaran bersama.

komen 1

Sebahagian daripada komen netizen terhadap video perkongsian Nur Hasmidah.

"Luar biasa Allah cipta awak, sis. Hebat betul ciptaan-Nya. Semoga sihat selalu.

"Seorang perempuan yang hebat apabila dia mampu hadapi masalah bertarung nyawanya betul-betul berserah nyawa kepada penciptanya. Awak hebat.

"Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu baru. Baru pertama kali dengar," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain