suria

Kesian arwah ‘di sana’! Waris enggan bayarkan hutang walau ada bukti, siap suruh pemberi hutang bersumpah

Seorang individu kecewa waris kenalannya enggan bayar hutang bagi pihak arwah. -Gambar hiasan

PASTI ada dalam kalangan kita yang pernah menjadi 'sasaran' untuk rakan atau saudara mara meminjam wang.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk meminjam wang, namun apa yang menjadi masalah apabila si peminjam begitu culas untuk membayar kembali hutangnya.

Dalam Islam, hutang adalah perkara yang sangat serius sehingga Nabi Muhammad SAW sendiri menyebutnya dalam beberapa hadis, antaranya penghutang tidak akan mencium bau syurga jika hutangnya tidak diselesaikan.

Justeru dalam apa jua situasi, peminjam dituntut untuk berusaha menyelesaikan hutangnya kerana dibimbangi tidak sempat berbuat demikian sehingga dijemput ajal.

Begitulah kisah yang dialami oleh seorang individu ini apabila si peminjam tidak melunaskan hutangnya sehingga meninggal dunia.

kubur

Perkara yang perlu dielakkan semasa hidup adalah culas membayar hutang kerana masing-masing tidak tahu bila ajal tiba. -Gambar hiasan

"Ada orang hutang saya RM2,000. Dah sampai jadi arwah tak bayar. Beritahu waris... (waris) cakap arwah tak beritahu apa-apa dan tak nak bayar.

"Bukti WhatsApp masa nak pinjam ada tapi jumlah itu dia (arwah) sebut masa telefon," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ‘update’ status senang-lenang keluar dengan pakwe... Tapi ‘blocked’ kawan sendiri sebab tak bayar hutang, pakej ugut saman!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini terpaksa guna cara ‘agak kasar’ ajar rakan liat bayar hutang! Reaksinya selepas dilihat makan di restoran mahal amat menjengkelkan

Menurut individu berkenaan, dia bersetuju untuk meminjamkan wang kerana mempercayai si pemiutang tersebut.

"Tak sangka pula perangai macam tu. Bukan meninggal dunia mengejut, memang dah dijangka pergi kembali ke negeri abadi, tapi senyap.

"Saya beritahu sekali je, terpulang kepada waris nak bayar ke tak. Janji saya dah beritahu. Waris pernah ajak sumpah, saya cakap 'okay boleh'. Lepas tu waris sendiri yang senyap," luahnya lagi.

Tambah individu berkenaan, dia begitu kecewa dengan sikap waris peminjam malah menambah, tindakannya memberitahu perkara berkenaan bukan semata-mata bertujuan menuntut semula duit sendiri tetapi lebih kepada memikirkan arwah 'di sana'.

HUTANG 2

Tangkap layar (screenshot) luahan individu berkenaan yang tular di media sosial.

"Kalau bayar pun bukan untuk saya tapi untuk arwah. Dah itu memang duit saya. Saya tak halalkan dunia akhirat. Ingat senang hidup ambil hak orang, aniaya orang?

"Balasan tu pasti, cuma cepat atau lambat je," luahnya lagi.

Sehingga kini perkongsian yang dibuat menerusi ciapan di Twitter meraih sehingga melebihi 2,000 ulang kicau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama melahirkan rasa kesal dengan sikap waris si peminjam yang enggan mengambil endah soal hutang arwah.

Kalau orang nak pinjam ke apa, kena buat agreement. Biar ada bukti orang tu betul-betul pinjam dan belum bayar.

NETIZEN

"Ini bukan masalah si peminjam sebab si pemberi pun tiada cerita buruk si peminjam. Dia cerita pasal keluarga si peminjam yang tak percaya akan hutang si peminjam tersebut. Anyway, yang suka meminjam ni ingat. Pandai pinjam, pandailah bayar," komen seorang netizen.

"Ia merupakan sejenis kezaliman kepada pemiutang jika tak dibayar. Jika dinafikan, lagi berat dosa kepada peminjam," demikian antara komen netizen.

Malah majoritinya juga tidak bersetuju dengan konsep si pemiutang digalakkan untuk menghalalkan hutang si peminjam kerana sudah meninggal dunia.

"Paling menyampah suruh halalkan. Memanglah duit tu boleh cari, tapi perjanjian dan rayuan kau time minta tolong nak pinjam duit tu mana? Dah bagi pinjam tiba-tiba end up orang suruh halalkan sebab dah meninggal. Time hidup tu kenapa tak bayar sikit-sikit. Semua orang pun ada struggle.

KOMEN HUTANG

Netizen melontarkan pandangan berhubung perkongsian individu berkenaan.

"RM2,000 tu gaji sebulan bagi sesetengah orang. Ingat senang-senang nak halalkan. Hutang tu wajib bayar. Biarlah keluarga dia yang uruskan. Kalau mereka kesiankan arwah, tolonglah bayarkan... bukan mengharap pemiutang tu halalkan," demikian pendapat netizen.

Dalam pada itu, ada yang mengesyorkan agar kedua-dua pihak membuat perjanjian dan merekodkan bukti sebagai rujukan di kemudian hari supaya tiada pihak yang tertindas.

"Ini peringatan mesra untuk semua. Kalau orang nak pinjam ke apa, kena buat agreement. Biar ada bukti orang tu betul-betul pinjam dan belum bayar.

"Biasakan pinjam berapa RM pun buat je agreement simple mana pun. Tak perlu suruh lawyer buat pun. Dalam tu boleh letak klaus macam 'Succesors Bound' supaya waris pun terikat sekali," saran mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain