suria

Mat motor ‘lalok’ menyusup lalu palang tol, pemandu kereta tak biar… Kejar sampai dapat!

Palang tol tertutup semula walaupun sudah dibayar kerana penunggang motosikal yang menceroboh.

INSIDEN membabitkan pemandu atau penunggang motosikal tidak bertanggungjawab di jalan raya sering kali dikongsikan di media sosial.

Terbaharu seorang pemandu nekad mengejar penunggang motosikal yang ‘mencuri’ laluannya selepas membayar tol di sebuah plaza tol.

Apa yang mencetuskan kemarahan ialah apabila palang tol yang dibuka untuk keretanya kembali tertutup angkara sebuah motosikal menyusup lalu terlebih dahulu.

Pengesan elektronik di palang menganggap kereta yang membayar pada mulanya sudah melepasi tol walaupun sebenarnya tidak.

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Menerusi satu rakaman dikongsikan di TikTok @thenorthmal, lelaki yang berang dengan tindakan penunggang motosikal itu terus mengejarnya selepas dia terpaksa membayar kutipan tol buat kali kedua.

Penunggang motosikal guna laluan kereta di plaza tol membuatkan pemandu ini naik angin.

Usahanya berhasil apabila penunggang tidak bertanggungjawab itu akhirnya ‘dicekup’.

“Selalu geng ni lepas, tapi kali ini kena bagi pengajaran,” kata pemandu itu.

Berdasarkan beberapa pertanyaan netizen, pemilik video mendakwa penunggang berkenaan berada dalam keadaan khayal kerana mengambil minuman terlarang.

“Lepas sound saya suruh dia pergi je. Tengah lalok dalam raga motor pun ada ketum.

“Dia tak minta maaf pun, siap suruh saya pukul dia lagi ada,” katanya menjawab beberapa soalan netizen.

Selalunya kalau jadi macam ni ada satu je explanation, laluan motosikal ada roadblock polis, dia cuba nak lari ikut laluan kereta.

NETIZEN

Berdasarkan rekod pada dashcam yang digunakan, pemandu berkenaan mengejar penunggang tersebut selama kira-kira 11 minit.

Rata-rata warga maya berasa aneh mengapa penunggang motosikal itu tidak menggunakan laluan motosikal yang sememangnya tersedia di setiap plaza tol.

"Laluan motosikal kan ada, kenapa nak guna laluan kereta, pelik betul la.

"Selalunya kalau jadi macam ni ada satu je explanation, laluan motosikal ada roadblock polis, dia cuba nak lari ikut laluan kereta.

"Sebab laluan motosikal dah terang-terang free, tak akan dia sengaja nak pergi bayar tol macam kereta pula," kata sebilangan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain