suria

Isteri baru lepas bersalin, suami tak fokus nak ambil ujian... Lelaki ini cuba nasib mesej pensyarah, minta kebenaran nak ponteng!

Lelaki ini terjebak jadualnya untuk menemani isteri bersalin dan menjawab ujian di kampus. -Gambar hiasan

LIKU-LIKU sebagai seorang pelajar diakui sudah cukup berat.

Namun bayangkan pula jika pada masa sama anda mempunyai tanggungjawab tambahan sebagai seorang suami ke atas pasangan yang sedang sarat mengandung.

Begitulah pengalaman dilalui seorang lelaki merangkap pelajar institut pengajian tinggi yang terpaksa meminta pengecualian daripada mengambil ujian kerana isterinya baru selesai bersalin.

Ciapan asal di Twitter

Melalui perkongsian di laman Twitter oleh seorang pensyarah di peringkat doktor falsafah (PhD), dia berasa terharu dengan pelajarnya yang meletakkan isterinya sebagai keutamaan berbanding hal-hal yang lain.

Wanita yang senang disapa sebagai Ellie menerusi akaun Twitter @theskinrepublic mengatakan bahawa lelaki sebegini menjadi idaman para wanita.

"Comel je student minta excuse from test sebab nak teman wife baru bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelajar asyik ulang-ulang tanya soalan sama, pensyarah syak sesuatu... Rupanya jenis ‘slow learner’ - “Nampak effort dia double”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tajamnya mata pensyarah! Pelajar pasrah lukisan cantiknya dikritik... kawan puji melambung, madam tengok terus garu kepala

"Lelaki begini yang kita mahukan," kata Ellie.

Ellie turut menyertakan tangkap layar perbualannya dengan lelaki itu yang mencuri perhatian ramai.

"Salam madam, saya nak tanya... kalau boleh saya nak minta kebenaran untuk ambil Test 1 di lain masa.

"Sekarang ni saya dekat hospital. Wife saya baru bersalin lewat pagi tadi. Belum tahu lagi bila boleh discharge.

Sangat-sangat berterima kasih kepada lecturer husband sebab bagi kebenaran untuk missed class, lama pula tu.

ISTERI PELAJAR

"Jadi saya macam nak berada dengan wife saya buat masa ni. Risau susah nak ke Unisel minggu ni. Kepala pun tak berapa fokus," kata lelaki itu kepada Ellie.

Ellie memahami perasaan berbelah bagi pelajarnya yang kini bergelar seorang bapa dan dia tiada masalah untuk memberikan pengecualian ujian.

Dia juga turut bergembira di atas kurniaan cahaya mata untuk pelajarnya itu yang pastinya merupakan momen berharga kepada setiap ibu bapa.

Keluarga merupakan perkara yang paling berharga kepada seorang bapa dalam dunia ini. -Gambar hiasan

"Waalaikumsalam. Okay boleh no problerm.

"Tahniah dapat baby!! Boy ke girl?," tanya Ellie menumpang kebahagiaan pelajarnya.

Ellie juga sempat bertanyakan khabar anak dan isteri pelajarnya pada masa itu.

"Wife dengan baby sihat ke?," tanya Ellie kepada pelajarnya.

"Dapat baby girl Alhamdulillah.

"Alhamdulillah dua-dua sihat," kata pelajar itu bersyukur.

Sebagai penutup bicara, Ellie mengirimkan salam kepada isteri pelajarnya dan mengucapkan selamat melalui hari-hari mendatang untuk berpantang.

Bayi pelajar itu kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). -Gambar hiasan

"Kirim salam dekat wife ya. Selamat berpantang," kata Ellie

"Baik InshaAllah, terima kasih madam," jawab pelajar itu,

Isteri pelajar itu yang sempat melihat ciapan pensyarahnya mengucapkan ribuan terima kasih kerana bertimbang rasa di atas situasi suaminya.

"Sangat-sangat berterima kasih kepada lecturer husband sebab bagi kebenaran untuk missed class, lama pula tu.

"Anak dekat Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Allah je mampu balas jasa mereka," kata wanita itu berterima kasih kepada Ellie.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menginginkan pensyarah seperti Ellie.

"Bestnya dapat lecturer macam ni Alhamdulillah. Pengalaman saya waktu Pengajian Jarak Jauh (PJJ), dalam kelas, ada student call, dalam pantang.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Tak boleh hantar assignment by hand sebab husband outstation. Tapi lecturer nak juga hari tu by hand. Tak nak email.

"Budak tu datang naik e-hailing hantar assignment, tapi lecturer reject sebab lambat 5 minit," katanya.

Seorang lagi warga maya menceritakan pengalamannya bersama seorang pensyarah yang tidak berperikemanusiaan ketika ayahnya sedang sakit tenat.

"Masa arwah abah saya dah nazak, ada seorang lecturer ni tak faham saya, siap kutuk saya dalam kelas, minta hantar final project on time.

"Tapi saya abaikan je sebab ayah saya lagi penting. Lecturer tu cakap ayah saya yang sakit, bukan saya," kata pelajar itu sesal dengan sikap pensyarahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain