RUMAHKU, syurgaku. Namun ungkapan indah tersebut boleh tersasar jauh jika mempunyai penghuni yang tidak bertanggungjawab dan pengotor. Begitulah pengalaman buruk yang terpaksa dilalui lelaki ini apabila rakan serumahnya yang dipercayai menyewa bersama mengabaikan kebersihan di tempat tinggal. Dalam satu video tular di TikTok, Ajeril berkongsi keadaan rumah sewanya yang ibarat diserang garuda dan sememangnya jijik dipandang mata. Keadaan sofa di rumah sewa Ajeril. Mungkin kerana sudah lelah dengan sikap lepas tangan rakan serumahnya, dia berkongsikan gambar setiap bahagian rumah sambil memberikan keterangan bernada sinis. Gambar pertama menunjukkan sofa yang koyak rabak dan rangkanya sudah senget-benget. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah la miskin, pengotor pula! Asnaf tunjuk perangai buruk, tinggal rumah sewa penuh sampah sarap... Siap block tuan rumah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Malang dapat penyewa janda pengotor! Tinggal rumah penuh tahi, pintu almari tercabut... “Masuk bau kencing!” "Sofa ni beli tiga hari lepas, memang design macam ni," kata Ajeril menyindir. Seterusnya salah seorang rakan serumah Ajeril juga membela kucing tetapi kebersihan sangkar si bulus itu berada pada tahap yang mengecewakan. Tidak cukup setakat itu, kucing peliharaan tersebut juga menerima tempias kerana makanannya yang bersepah di atas meja. "Best apa tengok view taik kucing. "Meja ni memang beli untuk letak makanan kucing. "Kucing memang tak pandai kemas rumah ke?" ujar Ajeril bersandiwara mengenai keadaan yang memualkan itu. Tengok jamban tu auto masuk mimpi ngeri aku. NETIZEN Selain itu, Ajeril membandingkan tandas rumahnya dengan tandas awam yang sinonim sebagai tempat meloyakan kerana kebersihan yang tidak terjaga. "Siapa kata tandas awam paling kotor? "Yang ni boleh challenge tandas awam tak?" soal Ajeril sambil menunjukkan ruang tandas yang dipenuhi tompokan lumut dan kotoran berwarna hitam. Mangkuk tandas berkeladak dengan kesan kotoran berwarna coklat dan hitam juga menjadi tumpuan dan membuatkan ramai hampir nak termuntah melihatnya. "Beli berus tandas ni untuk gosok belakang badan masa mandi," kata Ajeril membidas rakan serumahnya yang didakwa pemalas dan pengotor. Keadaan tandas di rumah sewa Ajeril. Melewati ke bahagian dapur, sekilas pandang keadaan di situ pasti melenyapkan terus selera makan dalam diri. Dapat dilihat peralatan dapur yang tidak tersusun dan belum dibasuh serta sampah yang menimbun. "Baru la selesa masak dapur macam ni dan baru mood rajin nak masak tu sampai," kata Ajeril melepaskan geram. Keadaan perkarangan rumah juga tidak kurang daifnya dengan ampaian baju yang berserabut, selipar ditinggal merata serta perkakas lama yang memenuhi beranda kediaman itu. "Luar nampak macam flat tapi dalaman kondo tau. "Bumper kereta ni memang beli untuk letak kasut," kata Ajeril menempelak perangai sambil lewa rakan serumahnya. Keadaan dapur di rumah sewa Ajeril. Ruang tamu rumah juga tidak ubah seperti medan perang dengan wayar yang berselirat dan barangan yang bersepah. "Kalau air tumpah biar je nanti jiran tolong mopkan. "Kalau nak cable boleh beritahu, rumah ni banyak cable lebih," ujar Ajeril dengan maksud tersirat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak boleh menerima hakikat dengan keadaan rumah yang seuzur itu. "Tengok jamban tu auto masuk mimpi ngeri aku. "Macam mana agaknya bau dia," kata sebilangan warga maya. Keadaan ruang tamu di rumah sewa Ajeril. Seorang warga maya juga mengesyaki rakan serumah Ajeril berkemungkinan menggunakan bahan terlarang. "Tengok botol minuman bergas bersepah dengan periuk besar, auto tahu tu memang 'kaki bancuh' ni," kata netizen itu merujuk kepada bahan yang mengkhayalkan. Terdapat juga netizen yang menekankan merit kebersihan diri berbanding rupa paras yang kacak. "Biar tak handsome, janji pembersih, bertabah la bakal bini," ujar pelayar itu. "Serius housemate semua kacak-kacak belaka," tambah Ajeril membalas komen itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI