suria

Dunia indah, hati terbuai jatuh cinta dengan pakwe orang... wanita akhirnya undur diri walau ada peluang hancurkan hubungan!

Wanita ini bertemu dengan seorang lelaki yang mengubah segalanya dalam hidupnya. -Gambar hiasan

KISAH percintaan tidak dapat lari dari naik dan turunnya.

Mencari kekasih yang benar secocok untuk mengisi ruang hati bukannya perkara mudah.

Ditambah pula wujud golongan yang niatnya hanya mahu mempermainkan perasaan orang lain demi kepuasan diri, sudah pasti keadaan lebih rumit.

Perkongsian asal di TikTok.

Begitulah kisah wanita ini apabila kepercayaan yang diberikannya diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana.

"Saya mula kenal dengan dia melalui dating app. Kami berbual setiap hari dan jadi semakin rapat.

"Dua minggu selepas tu dia ajak saya keluar pergi makan semua, rupanya kami serasi dan saya rasa seronok sangat.

"Dalam fasa ini kami masih dikira sebagai kawan, tidak ada menjalinkan apa-apa hubungan percintaan," katanya yang membuat perkongsian di TikTok tanpa mendedahkan identitinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kalau dah senang cepat lupa diri, mula nak curang... Netizen minta perempuan berhenti ‘melabur’, jangan manjakan dengan duit

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kau hanya tempat persinggahan!” - Ayat padu abang Grab buat wanita ini buka mata, sia-sia curah kasih sayang pada lelaki curang

Walaupun begitu, wanita itu mengakui jauh di sudut hatinya dia mahu menjadi lebih daripada seorang kawan bersama lelaki tersebut.

"Dia macam bagi harapan dekat saya dan saya harap sangat dia serius dengan saya.

"Kami ni macam tergantung di awang-awangan. Setiap kali saya tanya dia kalau dia dah ada orang lain, dia mesti mengelak.

"Dia akan jawab kalau ada pun, kita tak boleh keluar macam ni lagi ke?" cerita wanita itu.

Dari cara lelaki tu cakap nampak macam bukan seorang je yang dia simpan, mesti ramai lagi tu.

NETIZEN

Meskipun jawapan mencurigakan yang diberikan lelaki itu, wanita itu tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah jatuh hati dan 'buta' dengan cinta.

Pada satu malam, wanita itu berdepan dengan lelaki tersebut untuk mendapatkan kebenaran dan kata akhir tentang status hubungan mereka.

"Dia akhirnya jujur yang dia dah ada teman wanita, tapi long distance relationship dan sekarang tengah bergaduh.

Perasaan wanita itu seperti dihiris-hiris dengan 'permainan' lelaki itu. -Gambar hiasan

"Saya terkejut, saya terus stop contact dan keluar dengan lelaki itu

"Saya ni cuma tempat untuk dia hilangkan bosan dan berseronok," kata wanita itu.

Kebenaran sudah pun terbentang di depan mata, tetapi wanita itu tetap terjerat dengan permainan kata-kata lelaki itu yang bijak memperdaya.

"Saya tak boleh tipu, saya dah sayang dia. Dia pujuk saya dan saya pun kembali semula kepada dia walaupun dia dah berpunya.

"Kami anggap kami ni macam kawan tapi sebenarnya lebih dari kawan. Dia tetap teruskan hubungan 'rasmi' dengan teman wanita dia.

"Bila dia rasa dia perlukan saya, baru dia datang dekat saya," ujar wanita itu kecewa.

Wanita itu mengakui hatinya remuk kerana dilayan seperti perempuan simpanan.

Wanita itu sedih tidak terhingga dengan layanan yang diterimanya. -Gambar hiasan

"Kalau dia tengah keluar dengan teman wanita dia, dia akan minta saya untuk stop chat dia sebab takut kantoi.

"Keutamaan lelaki itu ialah teman wanitanya. Saya rasa macam dipergunakan sangat-sangat. Saya sakit hati yang teramat.

"Saya akan beritahu kesakitan saya dalam bentuk gurauan kepada lelaki itu dan dia hanya akan gelak," cerita wanita itu.

Tidak mahu menjadi orang ketiga dan perosak kebahagiaan pasangan lain, wanita itu akhirnya mengundurkan diri dari hubungan yang tidak bermakna tersebut.

"Dia pun dah nak berkahwin dengan teman wanitanya. Sampai bila nak macam ni.

"Lelaki itu hormati keputusan saya dan lepaskan saya. Rasa cemburu tu mesti ada bila tengok dia dengan orang lain tapi saya terpaksa relakan.

"Saya doakan semuanya yang terbaik untuk mereka," kata wanita itu dengan hati yang pilu.

Wanita tersebut mengakui dia mampu untuk memporak-perandakan hubungan lelaki itu dengan teman wanitanya tetapi memilih untuk tidak berbuat sedemikian.

"Ramai yang cakap saya boleh hancurkan hubungan mereka tapi serius saya tak tergamak.

"Saya dah jadi perampas dan nak hancurkan lagi relationship orang? Memang tidak la.

"Saya tahu saya salah dalam situasi ni, tapi bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kan?" soal wanita itu menutup bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong keputusan wanita itu.

Ada juga netizen yang menggesanya untuk memberitahu teman wanita lelaki itu tentang perbuatan lelaki tersebut di belakangnya.

"Tolong bagi teman wanita dia tahu, dah nak bernikah tapi dia masih tak tahu semua ni, sakit gila.

"Dari cara lelaki tu cakap nampak macam bukan seorang je yang dia simpan, mesti ramai lagi tu.

"Semoga dipermudahkan urusan teman wanitanya," kata sebilangan warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain