suria

Kesian jemaah! Pak Arab urus hotel Makkah, Madinah main harga… batal booking ambil offer lebih lumayan

Harga pakej umrah yang kian naik membuatkan para jemaah kurang berpuas hati. Gambar hiasan

KETIKA ini hangat diperkatakan mengenai harga pakej umrah yang naik mendadak sehingga mengundang rasa khuatir para jemaah yang ingin menunaikan ibadah tersebut di Tanah Suci.

Harga hotel di kota Makkah dan Madinah yang naik sehingga 110 peratus, menjadi punca harga pakej umrah dikendalikan oleh segelintir agensi pelancongan terpaksa dinaikkan pada saat akhir sebelum jemaah berlepas ke tanah suci.

Situasi tersebut berlaku kerana agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej.

Di tengah-tengah luahan rasa kurang senang, kecewa dan tidak berpuas hati rata-rata jemaah, tokoh pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff tampil berkongsi sendiri pengalamannya baru-baru ini.

posting

Hantaran Ustaz Dr Izhar di laman Facebook.

"Saya baru pulang. Benar pihak hotel main harga hingga sanggup batalkan booking bagi mengambil harga tawaran yang lebih lumayan dan tinggi.

"Makin melampau lagi apabila booking diambil daripada travel cash total kos, tapi apabila jemaah semua telah sampai, mereka ubah perjanjian dan tukarkan jemaah ke hotel lain yang tidak menepati apa yang dijanjikan," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal la! Pengkid selamba tunai umrah pakai ihram, siap buat video latar belakang Kaabah... ramai marah sampai harap kena panah petir

Tambahnya, dalam situasi ini, pihak pengurusan perhotelan di Arab Saudi yang wajar dituding kerana mengambil kesempatan dengan menipu jemaah umrah.

"Teruk betul pengurusan perhotelan di Arab Saudi sekarang.

"Mereka jadi sombong sebab tahu market tetap ada walaupun jemaah kena tipu setiap hari.

"Kalau tidak kerana Masjidilharam, Makkah, Masjib Nabawi dan Madinah, saya yakin tiada siapa nak ke Saudi Arabia.

"Akhir kata, semoga kita jumpa di akhirat kelak wahai pak Arab," luahnya lagi.

umrah 1

Rata-rata berharap isu berkenaan dapat ditangani kelak.Gambar hiasan

Perkongsian Dr Mohd Izhar sehingga kini meraih melebihi 1,500 shares di Facebook.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama dan dalam masa yang sama berharap agar situasi berkenaan dapat diatasi kelak.

"Walaupun berniaga di Tanah Suci, tapi hati masih belum suci.

"Negeri tempat jasad tubuh Rasulullah ada pun mereka main harga.

"Macam mana orang susah nak mengerjakan haji atau umrah.

"Ujian akhir zaman. Tempat ibadah bertukar jadi bisnes oleh manusia yang menyalahgunakan kesempatan yang ada," demikian komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain