suria

Pelajar sado teringin nak jadi PT tapi belum rezeki dapat klien... jejaka nak ‘belanja’ foto, video badan ada la!

Akmal yang kini belajar di UiTM mahu mencari pendapatan sampingan sebagai jurulatih kecergasan.

DULU badannya hanya biasa-biasa, kini bertubuh sasa!

Begitulah fizikal seorang pelajar yang rajin bersenam di gim dan turut membuat perkongsian video senamannya di TikTok.

Memasuki tahun baharu 2023, pemuda berkenaan berazam untuk menjana pendapatan sampingan dengan hasil kegigihannya 'membuat badan'.

Bercakap kepada mStar, Akmal Hazim Mohd Azim yang berusia 22 tahun berkata, dia nekad untuk menawarkan servis sebagai jurulatih kecergasan peribadi (personal trainer).

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis di Kampus Arau itu memberitahu, perbelanjaan pengajian ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya.

"Saya mula pergi gim selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cuma sejak selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya memberi lebih tumpuan kepada pemakanan sihat.

"Dulu makan dua kali sehari pun okay, sekarang saya perlu makan antara empat hingga lima kali sehari. Saya kena ada maintenance untuk makan, tapi itulah jadi pelajar ni agak susah sebab makan banyak jadi kos pun kena lebih tinggi," katanya.

pelajar dapat video badan 3

Badan Akmal yang berotot hasil senaman di gim.

Tidak mahu membebankan ibu bapanya, masing-masing merupakan guru dan suri rumah, pemuda yang lebih mesra disapa Akmal ini mula mempromosikan dirinya sebagai jurulatih kecergasan peribadi sejak dua bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 'badan tak lawa' nyaris tinggalkan gim sebab 'gerun' tengok ramai bro sado, tak sangka kini dah sama level dengan mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah nak buka esok, pelajar panik sekejap uniform dah tak muat... maklumlah badan dah 'berkepak' - "Rasa macam nak terkoyak"

Berdasarkan pengalamannya menawarkan 'online coaching' untuk tip pemakanan dan gaya hidup sihat, anak muda yang berasal dari Taiping, Perak ini lebih yakin untuk turun padang.

pelajar dapat video badan 1

Akmal menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Kecergasan.

"Apabila ada pendapatan sendiri, saya bukan saja dapat beli makanan antara RM20 hingga RM30 sehari serta bayaran keahlian di gim, tapi boleh juga tampung duit minyak motor ke kelas dan kos projek tugasan di universiti.

"Kalau ada rezeki lebih, mungkin nanti dapat bayar duit sewa bilik pula memandangkan saya tinggal di luar kampus," ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Kecergasan ini.

pelajar dapat video badan 4

Akmal sedia melatih kliennya di gim sekitar Arau, Kangar dan Jejawi di Perlis.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia berharap ada klien yang mahu berlatih dengannya sama ada menguruskan badan, membina otot atau belajar asas senaman di gim.

"Servis saya terbuka kepada lelaki dan perempuan di kawasan sekitar Arau, Kangar dan Jejawi di Perlis. Paling penting, mereka kena maklum saya kawasan mereka, nak gim di mana dan apa goals atau matlamat mereka,” katanya yang masih belum mempunyai klien untuk dilatih.

Dia nak sangat hantar gambar dan video badan tanpa berbaju, saya jadi seram.

AKMAL

Akmal yang menjadikan jaguh bina badan negara, Sazali Samad dan ahli bina badan antarabangsa, Chris Bumstead (CBUM) sebagai idola mengakui pada masa sama terdapat segelintir pihak yang sekadar mahu berkenalan atau tidak mengambil perhatian secara serius.

"Ada seorang lelaki ni, dia kata nak jadi klien saya. Tapi macam tak serius, main-main je. Dia hanya nak hantar gambar dan video badan dia je.

pelajar dapat video badan 5

Akmal mahu menimba pengalaman dalam bidang kecergasan.

"Belum jadi klien tapi dia nak sangat hantar gambar dan video badan tanpa berbaju, saya jadi seram. Dia nak hantar, tapi saya tak respons, risau.

"Bagi saya, apa yang penting adalah minat dan kesungguhan mereka untuk berlatih dengan saya mengikut goals masing-masing," katanya yang mengimpikan untuk menyertai pertandingan badan cantik bagi menimba pengalaman dalam bidang kecergasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain