suria

Setahun jadi barista, lelaki berjaya kumpul duit buka kafe sendiri! Lokasi tersorok ‘no hal’, janji dapat jual kopi

Zarul berkongsi liku-liku perjalanannya membuka Sorok Kafe.

DEK kerana gemar menikmati kopi, pemuda ini memasang impian untuk memiliki sebuah kafe sendiri.

Bukan sekadar angan-angan, Nur Nazarul Nazmir Nor Hisham nekad mahu merealisasikan impiannya apabila mula menyimpan wang daripada gaji bulanannya untuk dijadikan modal.

Ketika itu, sekitar November 2021, dia baru memulakan kerja sebagai seorang barista di sebuah kafe.

"Saya memang minat kopi dari sebelum pekerjaan ni, 'senior basikal' saya selalu bawa pergi kedai kedai kopi," ceritanya memulakan bicara.

Setahun bekerja dan berjaya menyimpan wang, Nur Nazarul Nazmir atau Zarul akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai barista bagi merealisasikan impiannya memiliki sebuah kafe.

kopi 2

Ruangan dalam Sorok Kafe.

"Saya kumpul duit gaji setahun, dapat kumpul duit dalam RM15,000 lebih kurang macam tu. Kos saya labur untuk barang-barang kedai, mesin kopi dan lain-lain dalam RM15,000 tu.

"Saya dapat tambah sedikit duit simpanan dengan sambil-sambil menjual kopi dalam botol sebelum buka kedai sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar master ‘buat hal’ lagi! Dulu beli van buruk RM200 jual kopi dan pulut tepi jalan... kini bancuh simen, ikat bata renovate sendiri kafe

ARTIKEL BERKAITAN: Beli van usang RM200, 2 pelajar master pertaruh nasib jual pulut dan kopi! Jam 4 pagi bangun masak, malam masuk kelas

"Tapak kedai pula saya sewa sekali dengan kawan saya. Kawan saya buka kedai barang-barang elektronik. Kebetulan di bahagian belakang ada ruang tanah terbiar, saya manfaatkan untuk dijadikan tempat bersantai," ujar bekas atlet berbasikal Perlis ini.

Dua bulan melakukan persiapan dengan mengubah suai kedai, akhirnya kafe Zarul yang diberi nama Sorok Kafe, memulakan operasi pada 1 Disember tahun lalu.

kopi 1

Zarul sendiri tidak menyangka kafenya mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Saya letak nama Sorok Kafe sebab kedai saya dekat belakang bangunan tu dan macam tersorok.

"Sudah lebih sebulan beroperasi, sambutan Alhamdullilah... ramai dari yang saya jangka nak datang. Menu buat masa sekarang, ada minuman kopi, coklat dan teh. Pekerja ada dua orang iaitu kawan saya," ujarnya sambil menambah, Sorok Kafe terletak di Medan Niaga Padang Behor, Kangar, Perlis.

Tambah Zarul, memandangkan sambutan yang diterima begitu menggalakkan, dia merancang untuk mempelbagaikan menu termasuk menambah menu makanan di Sorok Kafe.

Saya kumpul duit gaji setahun, dapat kumpul duit dalam RM15,000 lebih kurang macam tu.

ZARUL

"Perancangan masa terdekat, saya nak pelbagaikan menu di kedai saya selain kopi. Mungkin ada penambahan menu pastri dan sandwich.

"Perancangan jangka masa panjang pula, saya nak ramai orang tahu kedai saya yang tersorok ni," tambahnya.

Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok mengenai liku-liku perjalanannya membuka Sorok Kafe mendapat perhatian warga maya, Zarul meluahkan rasa terharu dan melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga.

kopi 3

Zarul dan rakannya yang menjadi orang kuat Sorok Kafe.

Dalam masa yang sama, dia turut menitipkan pesanan khususnya kepada golongan belia agar memanfaatkan usia muda untuk mengejar impian masing-masing.

"Hustle di usia muda. Beranikan diri mencuba benda yang baru," ujarnya ringkas.

Sehingga kini, perkongsian Zarul di laman TikTok meraih lebih 557,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain