suria

“Kami madu berempat elok je” - Sendiri dah terkena! Isteri kedua minta wanita jangan over benci poligami, takut ‘makan diri’

Amira merupakan isteri kedua dan pernah menolak poligami sebelum berkahwin.

SETELAH pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mengaku bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand, pelbagai isu berbangkit dapat kita lihat di media sosial.

Topik 'tambah isteri' paling hangat dibincangkan terutama sekali bagi golongan wanita yang berfikiran skeptikal dengan isu poligami.

Ketika ramai menyuarakan pendapat mengenai kehidupan berkongsi suami, tampil seorang wanita mendedahkan sisi positif dan kemanisan hidup berpoligami.

Amira merupakan isteri kedua dan bahagia hidup berpoligami.

Menurut Amira Rasid, dia yang merupakan isteri kedua secara tidak langsung turut berasa terpalit apabila ramai mengecam teruk dan menggelarkan isteri nombor dua sebagai 'penyondol' di media sosial.

"Disebabkan kes Ira Kazar, isteri kedua teruk dikecam," katanya dalam video tersebut.

Tegasnya, netizen tidak seharusnya 'pukul rata' semua keluarga yang memilih untuk hidup dalam suasana berpoligami.

Bukan itu sahaja, Amira turut berpandangan berpoligami kelihatan kejam disebabkan kritikan dan pandangan negatif orang ramai terhadap mereka yang berkahwin lebih daripada satu.

"Poligami tak kejam. Tapi manusia yang kejam sebab mengeruhkan lagi keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak halalkan hubungan dengan perempuan lain, tapi minta ‘sponsor’ isteri T20... Siap guna dalil buat tiket poligami

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bikin gempak ajak isteri pertama beli barang pinang bakal madu, esoknya tak jadi poligami pula alasan ‘dapat kesedaran’

"Sibuk judge orang. Lupa yang rumah tangga sendiri tak terjaga.

"Doakan yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Bagi Amira, walaupun pahit menjalani hidup apabila sering dipandang negatif, sebenarnya bahtera hidup bersama empat isteri semestinya mampu dikendali dengan baik sekiranya suami sebagai ketua keluarga faham dan menjalankan tanggungjawabnya.

Dalam hantaran dibuat, Amira juga menunjukkan foto madu-madunya yang dikatakan duduk sebumbung.

"Kami madu berempat elok saja. Siap duduk serumah lagi.

Pengakuan Amira bahawa dia isteri kedua.

"Janganlah pukul rata. Nak rasa manisnya madu, bolehlah cuba," katanya berseloroh.

Hantaran itu menjadi tular setelah dimuat naik sehingga menerima pelbagai reaksi dan pendapat netizen di TikTok.

Seorang pelayar membuat luahan mengenai ketidaksanggupan untuk bermadu dan Amira membalas komen tersebut dengan menjelaskan pengalaman dirinya sendiri.

Sama seperti golongan hawa lain, dia sendiri pernah menjadi insan yang menolak untuk berpoligami.

Sebab itu saya nasihatkan anda semua, kalau tak suka lebih baik diam. Jangan terlalu kritik. Jaga percakapan. Lebih baik anda doakan yang baik-baik.

AMIRA

Namun, segala-galanya kini berubah apabila dia sendiri bahagia menjalani kehidupan bersama tiga madu tersayang.

"Perkataan macam sis inilah yang saya pernah ungkapkan dulu masa zaman sekolah. Saya tak sanggup dimadukan.

"Tapi Allah maha mengetahui. Apa yang paling saya tak nak itulah saya dapat. Ujian untuk saya.

"Sebab itu saya nasihatkan anda semua, kalau tak suka lebih baik diam. Jangan terlalu kritik. Jaga percakapan. Lebih baik anda doakan yang baik-baik," katanya lagi.

Jika diteliti pada ruangan komen, walaupun pendapat wanita ini diterima pakai kebanyakan netizen, terdapat segelintir golongan tidak bersetuju dan menyatakan pandangan mereka.

Komen netizen di TikTok.

"Madu empat duduk serumah? Maknanya tak mampulah. Tapi dah madu-madu boleh tolak ansur... ikutlah macam mana pun.

"Tak semua orang suka hidup berkongsi-kongsi.

"Tak semua wanita boleh terima kehadiran insan kedua.

"Tak salah kahwin ramai. Yang salah bila tak berlaku adil. Sekurang-kurangnya bagitahu isteri pertama nak kahwin ni senyap-senyap saja siapa tak marah kan," komen netizen di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain