suria

Gadis tetap anggap bapa hadiahkan beg tangan jenama mewah walau netizen kata low class - “Setiap orang berbeza definisi bahagia”

Wanita ini mendapat tas tangan Charles & Keith dari ayahnya sebagai hadiah.

STATUS kewangan sering dijadikan kayu pengukur dalam menilai seseorang.

Meskipun ibarat 'menjaga tepi kain orang', tetapi inilah realiti yang wujud dalam masyarakat kita hari ini, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara lain.

Begitulah pengalaman yang dilalui wanita dikenali sebagai Zoe apabila bapanya menghadiahkan tas tangan berjenama Charles & Keith kepadanya.

Zoe menggayakan beg tangan baharu yang dimilikinya.

Gembira bukan kepalang kerana menganggap itu adalah beg tangan mewah pertama yang berjaya dimilikinya, Zoe memuat naik video itu di laman TikTok sebagai kenang-kenangan.

Namun kegembiraannya terbantut apabila muncul seorang netizen di ruangan komen yang memberitahu tas tangan itu tidak layak berada dalam kelas premium atau mewah seperti yang disangkakan oleh Zoe.

"Who's gonna tell her? (Siapa yang nak beritahu dia)," kata seorang warga maya merujuk kepada Zoe yang disifatkan tidak tahu-menahu mengenai taraf penjenamaan beg tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bisnes gagal, kerja di KL kena scam... mujur dapat jadi pelakon ekstra! Gadis sebak genggam ijazah, kenang hidup susah tanpa bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin umur 18 tahun... wanita pilih hidup susah bersama suami tak hirau dihina niaga pasar malam, berkat menabung kini tersenyum miliki kereta idaman

Zoe lantas mempertahankan diri dengan mengatakan beg tangan itu boleh dianggap jenama mewah dengan memberikan hujahnya.

"Saya sangat gembira dan bersyukur awak boleh anggap beg tangan Charles & Keith sebagai beg tangan biasa.

"Tapi saya ada buat carian di Google dan beg tangan Charles & Keith boleh dikira sebagai beg tangan premium," jelas Zoe kepada netizen itu.

Tak kisah la beg tangan tu harga berapa, luxury atau tidak, Zoe appreciate sebab ayah dia sendiri yang beli dan hadiahkan dekat dia.

NETIZEN

Zoe menetap di Singapura dan video miliknya di TikTok telah tular ke serata negara jiran termasuk Malaysia sehingga mencecah hampir enam juta tontonan.

Dalam video lanjutan, Zoey menerangkan bahawa topik berkaitan wang atau kewangan agak sukar untuk dibincangkannya memandangkan dia bukan berasal daripada keluarga berada.

"Duit adalah satu topik yang saya kurang selesa untuk bincangkan. Ini kerana sepanjang saya membesar, saya dan keluarga memang hidup kurang senang.

"Kami tak mampu nak beli benda baharu sepanjang masa. Barangan seperti beg tangan Charles & Keith adalah satu perkara yang mewah untuk kami.

"Kalau kami teringin nak beli sesuatu, kami akan selalu cakap lain kali, tapi lain kali itu tak pernah 'tiba'.

Titik permulaan kepada kecaman yang diterima Zoe.

"Bila awak (netizen) cakap macam tu dekat saya, ia menunjukkan bagaimana awak sebegitu jauh dari realiti, mungkin dikaburi dengan kekayaan yang awak miliki," kata Zoe penuh emosi.

Menurut Zoe, sebuah tas tangan yang berharga 80 dolar Singapura (RM262) mungkin kelihatan murah di mata netizen tersebut tetapi untuk dirinya dan keluarga nilainya adalah besar.

"Saya sangat bersyukur yang ayah saya mampu belikan beg tangan ini untuk saya.

"Dia bekerja sangat keras untuk kumpul duit itu.

"Cuma tak sangka saya dibenci hanya kerana sebuah beg tangan yang saya bangga memilikinya," kata Zoe sedikit terkilan.

Kisah Zoe menjadi menjadi bualan hangat netizen di Malaysia kerana ramai yang berasa sangat rapat dengan isu tersebut dan memahami perspektif Zoe.

Zoe bangga dengan beg tangan pemberian bapanya.

Di laman Twitter, seorang netizen yang senang disapa sebagai Aidi memberikan sokongan penuh kepada Zoe.

"Aku geram betul jenis spoil mood orang ini. Ya, betul Charles & Keith itu bukan luxury brand, tapi raikan je la apa yang orang tu sedang bahagia.

"Kau nak rosakkan keseronokan orang buat apa. Aku suka orang macam Zoe ni sebab dia jenis menghargai pemberian bapa dan bersyukur.

"Contohlah kalau kawan korang share dia beli barangan baru ke, kau jangan la cakap ini je ke?, murah ni, aku punya lebih baik, itu pun nak happy sangat," ujar Aidi.

Aidi menekankan perbandingan itu adalah 'pembunuh' kebahagiaan dan kita perlu mengelakkan perasaan hasad dengki.

"Raikan je la apa yang orang happy. Nak rosakkan dengan bandingkan semua ni buat apa. Setiap orang ada definisi bahagia yang berbeza.

"Fun fact, Charles and Keith ni jenama Singapura. Sama macam Bonia dekat Malaysia. Mereka C&K, kita Bonia," terang Adi.

Sebilangan ciapan balas warga maya.

Netizen lain pula menegaskan nilai sesebuah barangan itu bukannya terletak pada harga tetapi sebaliknya pada nilai sentimental yang datang bersamanya.

"Tak kisah la beg tangan tu harga berapa, luxury atau tidak, Zoe appreciate sebab ayah dia sendiri yang beli dan hadiahkan dekat dia. That is what sentimental value is all about.

"Orang dekat luar tak ada hak sama sekali nak judge Zoe sebab dia rasa happy dengan beg tangan Charles and Keith yang dia dapat dari ayah dia," kata netizen itu.

Seorang pelayar juga berkata, dengan memiliki barangan premium ia tidak akan secara automatik mendefinisikan seseorang itu sebagai pandai bergaya.

"Saya selalu nampak orang yang mengenakan barangan premium tapi masih nampak tak kena style dia.

"Money can't buy class. If you ada good taste, pakai murah pun orang cakap mahal," ujar netizen itu.

Ribut media sosial yang datang dari kisah Zoe telah menarik perhatian syarikat Charles and Keith sendiri.

Mereka kini difahamkan menjemput Zoe dan keluarganya hadir ke ibu pejabat mereka dalam satu lawatan khas yang diaturkan untuk Zoe.

Selain itu, Zoe sekeluarga juga diajak untuk makan tengah hari bersama pengasas Charles and Keith.

Zoe memaklumkan dia akan menerima tawaran itu dan berasa sangat teruja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain